Thursday, December 10, 2009

siluman

Sejak daripada penciptaan Adam, insan dan kepimpinan tidak dapat dipisahkan sama sekali. Kita pun telah jelas tentang dialog antara para Malaikat dengan Allah mengenai pengishtiharan Adam sebagai kholifah. Satu dialog yang bukan dengan maksud untuk mempertikaikan (mempersoalkan/memperlekehkan) perintah yang datang dari Allah bahkan adalah satu pertanyaan yang datang atas dasar kebimbangan terhadap kemusnahan yang telah berlaku pada dunia yang sebelumnya diurustadbir oleh suatu makhluk lain yang tidak amanah. Mengikut penafsiran dari Ibnu ‘Abbas(Tafsir al-Munir) berkisar tentang ayat .:Inni ja’ilun fil ardhi kholifah:.
Kholifah boleh juga diertikan sebagai makhluk yang menggantikan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bumi telah ditadbir oleh Jin yang telah banyak merosakkan Dunia. Oleh itu, Allah mengutuskan manusia yang beriman sebagai PENGGANTI. Dengan makna lain, kita bukanlah pemula dan kita juga bukanlah pengakhir kepada sebuah kepimpinan. Kepimpinan tetap akan bertahan dengan 3 elemen.

1. Pemimpin
2. Pengikut
3. Organisasi.



Kepimpinan tetap akan bertahan selama mana ketiga-tiga elemen ini wujud. Namun sejauh mana ia peneguh kepada sebuah kepimpinan itu menjadi persoalan utama. Ketiga-tiga elemen tersangat penting sehinggakan kita tidak dapat menafikan yang mana satu lebih utama dan yang mana satu kurang penting. Semuanya teramatlah penting. Dengan maksud lain juga, apabila salah satu daripada elemen ini mengalami ‘keguguran’ maka seluruh kepimpinan akan lemah disebabkan kehilangan ‘darah‘yang sangat banyak. Malang sekali jika berlaku keadaan di mana pemimpin dan pengikut ingin berada dalam zon selesa. Pengikut menginginkan pemimpinnya sempurna, tidak ada dosa, tidak ada silap. Alangkah kesian bagi pengikut ini, barangkali dia lupa pemimpinnya itu insan yang biasa. Mujurlah semua manusia berak. Kalau lah tidak, sudah semestinya syarat terakhir untuk jadi pemimpin Mestilah Tidak Pernah Berak. Mungkin nampak macam bodoh, tapi inilah realiti pemikiran manusia. Kalau kita pernah berada di tempat yang sama(mencangkung,meneran & melepaskan) dengan melakukan aktiviti yang sama maka dia akan merasai perkara yang juga sama. Tiada persoalan, tiada jawapan. Cukup sekadar isyarat senyum. Semua akan faham.

Rata-rata pengikut juga seringkali mengharapkan sesuatu yang bukan dalam bidang kuasa dan kudrat pemimpin. Di kampus pemimpinnya juga adalah seorang pelajar dan pengikutnya juga adalah seorang pelajar. Maka di situ tidak patut berlaku pertembungan antara pemimpin dan yang dipimpin. Sepatutnya sikap saling memahami(bukan faham sahaja, tolonglah sama Bro) itu akan wujud. Tidak akan berlaku silang budaya yang berkemungkinan pemimpin membebankan pengikutnya ataupun pengikut yang menganiaya pemimpinnya sendiri.

Pemimpin perlulah sedar akan dirinya diberi amanah. Sesuatu beban yang berat dan akan ada lain-lain hal yang akan memberatkannya. Dirinya perlu bersedia untuk itu. Antara hal-hal lain yang memberatkannya;
1. Internal factors
2. External factors.

Seharusnya pemimpin dapat menajamkan minda mereka untuk membaca isyarat dari kedua-dua faktor ini. Acap sekali terjadi, pergerakan Islam akan mengalami ancaman dari luar kerana ada pertembungan agenda. Di sebelah sana inginkan keuntungan di dunia semata walhal di sebelah sini pula menginginkan keuntungan di dunia dan perlepasan di akhirat. Pergerakan Islam tidak akan aman daripada ancaman. Atas kebijaksanaan organisasi untuk berhadapan dengannya.
Pimpinanan Islam tidak pernah takut dan sedih dengan sekatan dan ancaman daripada orang luar. Bahkan dapat meraikannya dengan baik. Akan tetapi, pimpinan Islam sungguh kecut perut dan berhingus hidung bila berhadapan dengan ancaman dari dalam. Tiada daya. Lemah semangat. Sedih. Marah tak berarah. Tertekan perasaan. Hancusss!
p/s: Boleh rujuk Zadul Ma’ad, Ibn Qayyim untuk dapat taakulan yang lebih sempurna.
Sesebuah kesatuan umat Islam terbina atas dua batu asas. Kefahaman dan ukhuwah. Itu sahaja sudah memadai. Tak kira masa. Tak kira tempat. Semasa gerak kerja siyasah sehinggalah solat subuh berjamaah. Segalanya perlukan kefahaman dan ukhuwah. Sepiring dan sepinggan, seiring dan sejalan. Pimpinan Islam tidak dapat lari daripada mendapat teman subahat di atas tema sahabat dan tidak dapat menolak kelahiran pelakon sumbang dengan watak yang mahu buat sumbangan. Conscious or subconscious. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.

Apabila kita menyelusuri semula ke dalam batang tubuh kita. Sememangnya kita adalah pengganti. Kita juga adalah pemimpin. Kita juga adalah ketua. Maka, adakah kepimpinan itu suatu jadian atau lantikan? Ramai di kalangan yang dipimpin menjadi ‘pemimpin’ sebelum dilantik. Secara tidak sedar pemimpin yang tidak dilantik ini bersikap seperti pemimpin kerana ketidakfahaman yang dalam tentang kepimpinan di dalam Islam itu sendiri. Sifat dan sikap dua perkara yang jauh berbeza. Setiap daripada kita perlu sifat kepimpinan. Cukup malang bagi mereka yang bersikap seperti pemimpin sebelum tiba masanya atau selepas habis tempohnya. Itu tidak kena. Ini tidak betul. Segalanya kabur terhambur berterabur. . Sedarlah syeikh..
Apa yang kendur, kita boleh sama-sama tegangkan dan jangan sampai putus. Apa yang senget, kita sama-sama perkemaskan ‘foundation’ dan mohon tidak runtuh ranap. Mungkin apa yang jadi teori dalam ucapan tidak sama dengan apa yang terjadi. Semua orang mampu bercakap. Tidak semua orang mampu dan mahu buat. Ramai yang tidak mampu buat berfikiran aku hanya mampu cakap(memberi buah fikiran bersulam buah kaki), jadi, ini sumbangan aku. Apa yang peliknya, dia tidak mampu buat dan dia juga tidak mampu untuk diam? Banyak pengikut( bakal pimpinan @ bekas pimpinan) mempersoalkan bermacam-macam soalan yang menunjukkan kedayusannya memimpin dirinya sebagai orang bawah. Kita wajib menanyakan pemimpin apa dan bagaimana arahan hendak dibuat. Bukan mempersoalkan arahan untuk tidak dibuat(kecuali untuk penambahbaikan).


p/s: Boleh rujuk hadis ke-9, Matan Arba’ien Imam Nawawi untuk lebih kefahaman.


Buatlah sesuatu terlebih dahulu sebelum terima sesuatu.
Berilah harapan sebelum berharap.

No comments:

Post a Comment