Thursday, January 22, 2009

ASHOBI3


1.Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke
atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam
yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka &
Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu
jangan kita abaikan.

3.Letakkan jari anda atas meja, perhatikan. Mula dr jari
kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda
pun akan start dr kecil then membesar & terus
membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan
mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar
pd masa depan.

4.Kemudian, tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la
dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari
manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran &
dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan
kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu
ibarat alam dewasa kita. Pd umur 30-an kita dah punya
status & ekonomy & career yg stabil but kita kena
careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau"
yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal
kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.
So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya
Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how
Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita
perlu jadi role model to the new generation.. jadi
pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7.Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek
compare to the others but it shows kematangan &
kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua
urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari...
nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang
sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita
patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say
"good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia
kejayaan kita.
Ahsani Taqwim

MATAMUMATAKU
Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta. Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Saturday, January 17, 2009

anak mak


Assalamualaikum
buat anak mak...
semoga sihat sentiasa..
surat ringkas ni mak tulih untuk anakanda,
mudah-mudahan tenang dan bersedia menunggu hari peperiksaan tiba...

anak mak..

kalau anak mak mengeluh penat balik dari kuliah...
tu hanya setitik dari peluh ayah...
dibakar bawah bahang matahari ditengah sawah...
tak sama lenguh tangan mak dok toreh getah...

anak mak..

duit yang orang pernah sedekah,
kalau masih ada,gunalah untuk beli benda yg faedah...
kita bukan orang senang,kita orang susah..
ayah nak beli lauk pun payah...
ayam kita tak bela,lembu takdak orang nak pawah...
takpala,kalau terpaksa makan nasi dgn garam pun kami tak kisah...
bersyukurla jugak,ada juga rezeki dari Allah...

anak mak..

ingat dak masa anak mak nak pi U dulu...?
saja la mak takmau habaq kot-kot anak mak rasa malu...
ayah terpaksa hutang dulu duit tok penghulu...
masa tu, tak tau dah kat sapa kami nak tuju...
la ni mak tengah bayaq sikit-sikit duit untung juai baulu...
tahun sudah..

anak mak pernah habaq tak lulus periksa...
mak rasa sebak sangat,dah taktau nak kata apa-apa...
jumpa orang kampung depa selalu dok tanya...
sampai ayah pun rasa malu nak tunjuk muka...
tapi kami tetap yakin pada ketentuan Allah taala...
semua yg berlaku tu ada hikmahnya...
supaya kita perbetui kesilapan,tingkatkan lagi usaha...
anak mak..

baru-baru ni mak terjatuh tangga...
mata mak tiba-tiba jadi kelam tak nampak apa-apa...
ayah bawak pi hospital,doktor kata mak kena darah tinggi tahap bahaya...
doktor tahan mak kat wad,tapi mak berkeras nak balik juga...
dah jadi keadaan macam tu,dia pesan suruh makan ubat,jaga makan minum dan jangan buat banyak kerja...

tapi kalau mak tak buat,sapa nak hantaq duit kat anak mak disana...?
mak kena jugak buat kerja...

kalau Allah 'panggil' pun,mak redha...
sekurang-kurangnya,
rezeki untuk anak-anak mak sentiasa ada...
kalau nanti mak dah takdak dah..
harap-harap dalam kuboq mak nanti selalu cerah...
berkat anak mak dok sedekah doa dan fatihah...
ngajilah rajin-rajin nak,habis nanti boleh jadi pendakwah...
dak pun jadi peguam syariah,hakim bertauliah...
jadi ustaz ustazah pun takpa dah...

takmaula ikut macam kami tiap-tiap hari kena toreh getah...
baju basah dengan peluh semata-mata cari upah...

anak mak,

periksa pun dah tak berapa hari...
pulunla nak,jangan risau kami disini...
InsyaAllah,pandai-pandailah mak dan ayah jaga diri...
mak pun tak boleh tulih panjang-panjang lagi...
kena tidoq awai esok nak pi cari rezeki...

nak kena buat kuih untuk adik-adik nak pi ngaji...
ayaqmata ni dok meleleh kat pipi tak mau nak berenti...
ada rahsia Allah jadikan ayaqmata dan peluh jernih,
nak ajaq manusia tak mudah mengalah kalau rasa letih...
tak mudah putus asa kalau hati tengah sedih...
usahalah setakat mana yang boleh,
mak minta diri dulu..
jaga diri ditempat orang,Assalamualaikum. -edited-