Wednesday, December 30, 2009

Tunggu nasib



Dia Melayu,
Aku juga Melayu,

Aku Insya Allah Islam,
Dia Insya Allah juga Islam,

Apa hubungan aku dan dia?
Atas nama bangsa atau atas dasar agama?

Saturday, December 26, 2009

Tak mahu-mahu

“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.”

(Q.s. al-A‘raf: 165).

Bila mem'baca' kepada ayat di atas, tiba-tiba terkedu sebentar dan menerobos pertanyaan ke kepala ku di manakah aku sekarang ini sebenarnya..

Adakah aku orang yang lupa?
Adakah aku orang yang sedang berda'wah?
Adakah aku ini juga orang yang zalim?
Adakah aku termasuk dalam golongan yang selalu berbuat dosa?


Ternyata haq dan batil tidak pernah bersama. Haq adalah haq. Batil tetap batil.Tapi apakah itu haq? Hmm,apakah sebenarnya kebatilan?

Mungkin agak senang bila diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Haq adalah kebenaran. Maka batil adalah ketidakbenaran. Terlalu mudah. Cuma teramat susah untuk diterjemahkan dalam kehidupan.

Pertanyaan hati menjadi terlalu berat untuk ditanggung bila terpapar di depan bingkai kehidupan ini, insan-insan yang jahil tentang kedua-dua terma ini. Teringat tentang riwayat di mana ada seorang sahabat yang bertanyakan Ibnu Mas'ud tentang amar maaruf nahi mungkar. Maka, beliau berkata Celaka bagi mereka yang tidak ada usaha untuk amar maaaruf nahi mungkar.Namun, amat terkesima bila teringatkan katanya; "Lagi Celaka mereka yang tidak tahu apa itu maaruf dan apa itu mungkar.

Fahamlah aku bahawasanya di sana ada prioritas tersendiri dalam berda'wah.

Thursday, December 24, 2009

sentuh bayang




Demikian itulah riwayat(penduduk) beberapa negeri, Kami telah kisahkan kepada engkau : di antara mereka ada yang masih berdiri dan ada yang telah binasa. Kami tiada menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri,maka tiadalah bermanfaat bagi mereka sedikitpun, tuhan-tuhan yang mereka sembah,selain dari Allah, tatkala datang siksaan Tuhanmu. Mereka tiada mendapat tambahan,selain kebinasaan.
surah Hud : 100-101

Tuesday, December 22, 2009

Tuesday, December 15, 2009

Tuju angin

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang.


Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan.


Perlukah aku khabarkan yang ku alami apakah akan terjawab semua..?



Perlukah aku buka kan keaibanmu, SEMUAnya terletak dalam hati KECILku.



Segala KEBENARAN atau penjelasanku.. Mempunyai berbagai tafsiran TERSEMBUNYI..


Oh Ku mohon padamu tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini.
oo tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah,
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah.



Tajuk lagu: Perlukah aku khabarkan
Kumpulan: Saff One
Album:Sandaran Cinta-Kompilasi Terbaik

Thursday, December 10, 2009

Hidup untuk mati


Kehidupan,
Bukan semudah yang kita sangka,
Bukan seperti yang diduga,
Bukan sentiasa berentak ria,
Lalu .. ia mengundang seribu rasa, yang kadang kala mencengkam jiwa,
Merubah suasana,
Duhai hati,
Duhai diri,
Dalam tangismu,
Ukirkanlah senyuman,
Dalam lemahmu,
Carilah kekuatan..
Mungkin apa yang kita mahu bukan apa yang kita perlu,
Allah lebih tahu..

siluman

Sejak daripada penciptaan Adam, insan dan kepimpinan tidak dapat dipisahkan sama sekali. Kita pun telah jelas tentang dialog antara para Malaikat dengan Allah mengenai pengishtiharan Adam sebagai kholifah. Satu dialog yang bukan dengan maksud untuk mempertikaikan (mempersoalkan/memperlekehkan) perintah yang datang dari Allah bahkan adalah satu pertanyaan yang datang atas dasar kebimbangan terhadap kemusnahan yang telah berlaku pada dunia yang sebelumnya diurustadbir oleh suatu makhluk lain yang tidak amanah. Mengikut penafsiran dari Ibnu ‘Abbas(Tafsir al-Munir) berkisar tentang ayat .:Inni ja’ilun fil ardhi kholifah:.
Kholifah boleh juga diertikan sebagai makhluk yang menggantikan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bumi telah ditadbir oleh Jin yang telah banyak merosakkan Dunia. Oleh itu, Allah mengutuskan manusia yang beriman sebagai PENGGANTI. Dengan makna lain, kita bukanlah pemula dan kita juga bukanlah pengakhir kepada sebuah kepimpinan. Kepimpinan tetap akan bertahan dengan 3 elemen.

1. Pemimpin
2. Pengikut
3. Organisasi.



Kepimpinan tetap akan bertahan selama mana ketiga-tiga elemen ini wujud. Namun sejauh mana ia peneguh kepada sebuah kepimpinan itu menjadi persoalan utama. Ketiga-tiga elemen tersangat penting sehinggakan kita tidak dapat menafikan yang mana satu lebih utama dan yang mana satu kurang penting. Semuanya teramatlah penting. Dengan maksud lain juga, apabila salah satu daripada elemen ini mengalami ‘keguguran’ maka seluruh kepimpinan akan lemah disebabkan kehilangan ‘darah‘yang sangat banyak. Malang sekali jika berlaku keadaan di mana pemimpin dan pengikut ingin berada dalam zon selesa. Pengikut menginginkan pemimpinnya sempurna, tidak ada dosa, tidak ada silap. Alangkah kesian bagi pengikut ini, barangkali dia lupa pemimpinnya itu insan yang biasa. Mujurlah semua manusia berak. Kalau lah tidak, sudah semestinya syarat terakhir untuk jadi pemimpin Mestilah Tidak Pernah Berak. Mungkin nampak macam bodoh, tapi inilah realiti pemikiran manusia. Kalau kita pernah berada di tempat yang sama(mencangkung,meneran & melepaskan) dengan melakukan aktiviti yang sama maka dia akan merasai perkara yang juga sama. Tiada persoalan, tiada jawapan. Cukup sekadar isyarat senyum. Semua akan faham.

Rata-rata pengikut juga seringkali mengharapkan sesuatu yang bukan dalam bidang kuasa dan kudrat pemimpin. Di kampus pemimpinnya juga adalah seorang pelajar dan pengikutnya juga adalah seorang pelajar. Maka di situ tidak patut berlaku pertembungan antara pemimpin dan yang dipimpin. Sepatutnya sikap saling memahami(bukan faham sahaja, tolonglah sama Bro) itu akan wujud. Tidak akan berlaku silang budaya yang berkemungkinan pemimpin membebankan pengikutnya ataupun pengikut yang menganiaya pemimpinnya sendiri.

Pemimpin perlulah sedar akan dirinya diberi amanah. Sesuatu beban yang berat dan akan ada lain-lain hal yang akan memberatkannya. Dirinya perlu bersedia untuk itu. Antara hal-hal lain yang memberatkannya;
1. Internal factors
2. External factors.

Seharusnya pemimpin dapat menajamkan minda mereka untuk membaca isyarat dari kedua-dua faktor ini. Acap sekali terjadi, pergerakan Islam akan mengalami ancaman dari luar kerana ada pertembungan agenda. Di sebelah sana inginkan keuntungan di dunia semata walhal di sebelah sini pula menginginkan keuntungan di dunia dan perlepasan di akhirat. Pergerakan Islam tidak akan aman daripada ancaman. Atas kebijaksanaan organisasi untuk berhadapan dengannya.
Pimpinanan Islam tidak pernah takut dan sedih dengan sekatan dan ancaman daripada orang luar. Bahkan dapat meraikannya dengan baik. Akan tetapi, pimpinan Islam sungguh kecut perut dan berhingus hidung bila berhadapan dengan ancaman dari dalam. Tiada daya. Lemah semangat. Sedih. Marah tak berarah. Tertekan perasaan. Hancusss!
p/s: Boleh rujuk Zadul Ma’ad, Ibn Qayyim untuk dapat taakulan yang lebih sempurna.
Sesebuah kesatuan umat Islam terbina atas dua batu asas. Kefahaman dan ukhuwah. Itu sahaja sudah memadai. Tak kira masa. Tak kira tempat. Semasa gerak kerja siyasah sehinggalah solat subuh berjamaah. Segalanya perlukan kefahaman dan ukhuwah. Sepiring dan sepinggan, seiring dan sejalan. Pimpinan Islam tidak dapat lari daripada mendapat teman subahat di atas tema sahabat dan tidak dapat menolak kelahiran pelakon sumbang dengan watak yang mahu buat sumbangan. Conscious or subconscious. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.

Apabila kita menyelusuri semula ke dalam batang tubuh kita. Sememangnya kita adalah pengganti. Kita juga adalah pemimpin. Kita juga adalah ketua. Maka, adakah kepimpinan itu suatu jadian atau lantikan? Ramai di kalangan yang dipimpin menjadi ‘pemimpin’ sebelum dilantik. Secara tidak sedar pemimpin yang tidak dilantik ini bersikap seperti pemimpin kerana ketidakfahaman yang dalam tentang kepimpinan di dalam Islam itu sendiri. Sifat dan sikap dua perkara yang jauh berbeza. Setiap daripada kita perlu sifat kepimpinan. Cukup malang bagi mereka yang bersikap seperti pemimpin sebelum tiba masanya atau selepas habis tempohnya. Itu tidak kena. Ini tidak betul. Segalanya kabur terhambur berterabur. . Sedarlah syeikh..
Apa yang kendur, kita boleh sama-sama tegangkan dan jangan sampai putus. Apa yang senget, kita sama-sama perkemaskan ‘foundation’ dan mohon tidak runtuh ranap. Mungkin apa yang jadi teori dalam ucapan tidak sama dengan apa yang terjadi. Semua orang mampu bercakap. Tidak semua orang mampu dan mahu buat. Ramai yang tidak mampu buat berfikiran aku hanya mampu cakap(memberi buah fikiran bersulam buah kaki), jadi, ini sumbangan aku. Apa yang peliknya, dia tidak mampu buat dan dia juga tidak mampu untuk diam? Banyak pengikut( bakal pimpinan @ bekas pimpinan) mempersoalkan bermacam-macam soalan yang menunjukkan kedayusannya memimpin dirinya sebagai orang bawah. Kita wajib menanyakan pemimpin apa dan bagaimana arahan hendak dibuat. Bukan mempersoalkan arahan untuk tidak dibuat(kecuali untuk penambahbaikan).


p/s: Boleh rujuk hadis ke-9, Matan Arba’ien Imam Nawawi untuk lebih kefahaman.


Buatlah sesuatu terlebih dahulu sebelum terima sesuatu.
Berilah harapan sebelum berharap.