Kita ini macam adik-beradik. Kita ada mak ayah. Mak ayah kita selalu juga suruh apa yang kita tak nak buat . Kadang-kadang larang apa yang kita nak buat. Selalu kita hairan kenapa depa suruh itu dan ini. Sebagai anak yang taat kita ikut juga, sebab mak ayah kita ada ilmu(Makan garam lebih). Mak ayah kita bukan orang jahat. Mak ayah kita orang baik-baik.Kita jangan dengar cakap bapa saudara kita lebih daripada cakap mak ayah kita. Kita boleh dengar bapa saudara & mak saudara kita, tapi kita kena ikut perintah mak ayah kita. Lawan cakap mak ayah berdosa.
Hmm,mak kena ikut apa ayah cakap kecuali dia bukan isteri ayah. Ayah kena dengar mak cakap ape. Bukan ikut apa mak cakap. Ayah akan disoal tentang mak dan anak-anak. Ayah akan banyak dosa. Kesian ayah. Abang & adik laki-laki akan disoal juga tentang adik perempuan & kakak. Abang lebih sayang adik perempuan daripada adik lelaki sebab adik perempuan bukan adik lelaki. Selalunya adik perempuan tidak tahu tentang ini. Tapi, dia rasa terkongkong macam tocang rambut dia kena tarik. Selalu memberontak nak minum susu pada hal dia dah besar. Ayah pernah cakap pada adik ‘Adik dah besar, mana boleh minum susu DHA 1,2,3. Itu untuk adik adik bongsu. Itu untuk Ucu. Adik kena belajar makan nasi. Tengok anak jiran sebelah dia dah pandai makan ayam goreng,ayah dia beli kat Kentucky Fried Chicken(KFC). Ayah nak anak ayah pandai makan ayam goreng juga tapi ayah tak beli kat tempat depa beli. Ayah nak beli kat Radix Fried Chicken(RFC). Halal dan berkat.
Sayangnya adikku ni bukan senang nak makan ayam goreng,walaupun halal. Bukannya haram pun.Bukannya ayam dari KFC. Dia nak juga minum susu. Mula-mulanya, ayah ikut je. Kerana sayang. Dari hari ke hari tubuh adik makin berisi. Susu memang berkhasiat,banyak nutrient. Hinggalah adik masuk tadika, dia malu sendiri sebab kawan-kawan lain sudah boleh makan Mee,Kueh Teow dan Nasi Goreng. Dia masih lagi menggongong botol susu. Mak ayah hanya senyum yang sedikit kelat. Sebelum balik Akak Siah, jiran sebelah mengajuk mak ayah serta adik kerana dianggap kolot’Apalah Kak ‘Aah ni, budak sekarang dah tak minum susu la. Balik dari tadika adik ngamuk sakan,ayah memandang dari jauh. Mak pujuk supaya redakan sedikit amarah. Adik nak makan nasi!!! Mak cuba nak suapkan. Ditepis berkali-kali. Adik nak makan sendiri, bukan susah pun. Lalu mak biarkan dia seorang makan. Dengan tangan kiri yang tak berbasuh adik terus menyuap. Lebih banyak yang tumpah daripada dijamah ke mulut. Harapnya,Ucu tak begitu….
aS ABANG kena la banyakkan sabar melayan karenah adik2 perempuan..
ReplyDeleteAda yang degil taknak makan nasi.. nak juga minum susu.. walaupun suasana menunjukkan dah tak sesuai dia menggonggong botol susu tu..
Tapi kalau abang2 paksa suruh makan nasi dia kata.. susu lagi banyak khasiat.. emm.. biasalah budak2.. Susu lagi ada "ruh" katanya...
Orang nak ajar makan nasi n mee tiaw mengamuk taknak.. merajuk kat tepi dinding.. bukan tu saje.. habis di cakaunya dinding rumah ayang yang sedia uzur.. berlobang2 jadinya..
Sesekali elok juga kita piat telinga dia...hehehe..
yang ikhlas,
abang yang baik hati...
kalu ambe selaku anak sulung suka sekeh adik macam ni. nasiblah kan jadi adik kena sekeh selalu. Siapa suruh tak dengar kata.
ReplyDeletekalu tak nak kena sekeh dengar kata la...
kalu cam shin can memang kena sekeh selalu. biar bonjol kepala tu..
ReplyDelete