Tuesday, April 20, 2010

Enigma... Hamba Abdi


Susah sungguh rupanya untuk menjadi hamba,
biarpun dahi sentiasa sujud setiap hari,
pada aras yang sama dengan kaki dan lutut,
pada tapak kaki orang di depan,


Aku meletakkan kepala yang di dalamnya otak,
pada tempat yang paling rendah,
aku menundukkan pandangan mata sebawah-bawahhya,
hingga menghadkan apa yang dapat dilihat,
mata yang mengintai nikmat fana dunia.

Aku ruku' pada kebesaran-MU
Sambil diiyakan dengan ayat-ayat tasbih
untaian ta'zim ku lurutkan,
tulang belakangku bengkokkan,
menahan bebanan amanah khalifah,

Sambil aku berdiri menghadapmu,
aku memeluk badanku ini,
penuh dengan daki dosa kotor,
berserabut parut rasa dengki,
berceruping kepingan tinggi diri.

Niat aku di awal solat,
hanya kepada engkau tumpuan ibadat,
engkau sahaja tempat ku bermunajat,
Sekejap...
Apa halnya aku masih berat dalam perkara maksiat,
yang maaruf masih tidak berbuat.

Kenapa aku tetap jahat walaupun setelah solat,
bila ku hitung mungkin ku hanya mendapat penat,
Ku tetap juga hendak bersolat,
mungkinkah itu petanda aku dan Allah sentiasa dekat.

Tak mungkin,tak mungkin.
Apakah puluhan tahun aku menyembahmu,
aku juga di tempat sampah seperti insan ingkar pada-MU,

Ya Allah Ya Tuhanku
Bantulah aku untuk belajar menjadi hamba-Mu yang Sebenar...
Perhambakanlah aku...

2 comments:

  1. sebagai manusia yang bergelar hamba allah..wajiblah kita menunaikan kewajipan kita sebagai khalifah allah di muka bumi..sentiasa mencari keredhoan dan keberkatan daripada-NYA..menambahkan ilmu dan amal untuk mendekatkan diri kita kepada-NYA..mengajak orang lain kearah kebaikan dan meninggalkan dan menjauhkan diri dari perkara yang keji dan mungkar..INSYA-ALLAH segala urusan seharian kita akan di permudahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA..sekian ulasan dari saya,,

    ReplyDelete
  2. terima kasih bebanyok.... susah nak jual diri untuk menjadi hamba kpd Allah

    ReplyDelete