Tuesday, April 20, 2010

Enigma... Hamba Abdi


Susah sungguh rupanya untuk menjadi hamba,
biarpun dahi sentiasa sujud setiap hari,
pada aras yang sama dengan kaki dan lutut,
pada tapak kaki orang di depan,


Aku meletakkan kepala yang di dalamnya otak,
pada tempat yang paling rendah,
aku menundukkan pandangan mata sebawah-bawahhya,
hingga menghadkan apa yang dapat dilihat,
mata yang mengintai nikmat fana dunia.

Aku ruku' pada kebesaran-MU
Sambil diiyakan dengan ayat-ayat tasbih
untaian ta'zim ku lurutkan,
tulang belakangku bengkokkan,
menahan bebanan amanah khalifah,

Sambil aku berdiri menghadapmu,
aku memeluk badanku ini,
penuh dengan daki dosa kotor,
berserabut parut rasa dengki,
berceruping kepingan tinggi diri.

Niat aku di awal solat,
hanya kepada engkau tumpuan ibadat,
engkau sahaja tempat ku bermunajat,
Sekejap...
Apa halnya aku masih berat dalam perkara maksiat,
yang maaruf masih tidak berbuat.

Kenapa aku tetap jahat walaupun setelah solat,
bila ku hitung mungkin ku hanya mendapat penat,
Ku tetap juga hendak bersolat,
mungkinkah itu petanda aku dan Allah sentiasa dekat.

Tak mungkin,tak mungkin.
Apakah puluhan tahun aku menyembahmu,
aku juga di tempat sampah seperti insan ingkar pada-MU,

Ya Allah Ya Tuhanku
Bantulah aku untuk belajar menjadi hamba-Mu yang Sebenar...
Perhambakanlah aku...

Saturday, April 17, 2010

Sudah cukup 23 tahun bernyawa

Aku berterima kasih kepada semua yang menemani aku hidup atas dunia ini..
Sama ada secara langsung atau tidak...
Yang dah lama dengan aku ataupun masih baru..

Kepada selalu bersorak-sorai denganku, doakan aku supaya dapat juga menjadi teman di saat kita kusut-masai..Mamai..

Kutujukan khass.. kepada mereka bersusah-payah denganku... saat kita berhempas-pulas.. detik kita terkena bias tempias melintas jalan berkias..muga kita juga dapat bersuka-suka di suatu tempat yang sudah tentu tempat duduknya..namun, belum pasti siapa pemiliknya... doakan... kita lah orangnya...

Kelahiran ke-23...

Tuesday, April 13, 2010

Berkawan



Alhamdulillah, majoriti umat Islam menghormati al-Qur’an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur’an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jauh sekali daripada mempraktikkannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata kerana ia adalah al-Qur’an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur’an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan pelbagai lagi.

Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Qur’an kerana ia adalah al-Qur’an tetapi jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap menelaah dan mempraktikkan kandungannya, ia akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur’an, kita sebenarnya mencapai tujuan asal al-Qur’an diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Para ilmuan telah menggariskan bahawa yang dituntut ke atas kita terhadap al-Qur’an adalah:

1. Beriman kepadanya.

2. Membacanya dengan disiplin tajwid sekadar mampu.[1]

3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).

4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.

5. Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.

6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.

Daripada enam tuntutan ini, empat yang pertama dituntut ke atas semua umat Islam. Apabila seseorang itu telah menguasai empat yang pertama, maka dituntut ke atasnya dua yang selebihnya. Sehingga kini boleh dikatakan bahawa majoriti umat Islam telah menunaikan dua tuntutan yang pertama. Kita beriman kepada al-Qur’an dan belajar cara membacanya berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Akan tetapi, sepertimana yang disebut di permulaan bab ini, kita masih jauh daripada menelaah kandungan al-Qur’an, apatah lagi mempraktikkannya.

hafizfirdaus