Sunday, October 25, 2009

Sepotong ayat, sehiris luka, setitis darah.



Hehe... Mungkin agak pelik permulaan tulisan ini.Pada hari Jumaat yang dimuliakan Allah.Dalam hati kecil ini,ku ketawa sendirian. Suatu perkara biasa yang berlaku bila aku mengadap manusia seperti aku.Teringat aku pada satu ayat Allah. Satu ayat yang aku tidak pernah lagi aku berhujah mengenainya. Satu ayat yang kebanyakan pejuang Islam menggunakannya sebagai salah satu pengisian dalam tazkirah atau taujihat. Satu ayat yang aku sendiri bimbang,kalau aku tidak mampu menterjemahkannya pada orang lain. Aku takut orang lain tidak akan faham sebagaimana yang patut difahami. Untuk tidak berlaku zalim aku tidak huraikannya secara ventral.

Namun pada hari ini, aku tersilap. Rupa-rupanyanya aku juga tersilap dalam memahami ayat ini pada satu lagi sudut dalam penghidupan seorang hamba Muslim di dunia.
Ayat ini tersangat popular bagi pejuang Islam sungguhpun pejuang ideologi sendiri.Kadang-kadang ayat ini digunapakai pada mereka yang mahu membela diri atau menghentam orang lain dan juga bagi mereka yang mahu berdalih dari kesilapan sendiri.

Jika kamu menolong agama Allah,Allah akan tolong kamu.





Fuh.. terlalu banyak makna yang masih tersimpan untuk diinterpretasi. Antara maksud yang utama, sebagai pejuang kalimah tauhid, kita ada satu jalan yang mempunyai beberapa lorong yang tertentu(mu3tabar) kerana mungkin kebanyakan kita juga berasal dari rumah-rumah yang tersendiri. Barang diingat, kita perlu berusaha sedaya tenaga untuk menempuh jalan yang satu itu. Ku berharap dapat sampai ke jalan itu jua nanti walau di kala itu juga nafas terkhir yang ku punya. Sesiapa saja pejuang yang IKHLAS, dialah yang paling LAYAK sekali untuk dapat dapat pertolongan/kemenangan dari Allah. Jika kita terjemahkan ia dalam bentuk kemenangan. Allah berhaq untuk beri kemenangan pada siapa sahaja yang diIngankan. Sama ada Islam atau Kuffar. Itu jelas. Bila diterjemahkan dalam perkataan pertolongan. Maka, di sinilah titik di mana para Mujahid perlu ambil perhatian. Allah memberi pertolongan pada Muslim yang beriman dengan sifat ra7eem(RAHIM). Dan seperkara lagi,untuk mendapat pertolongan itu,pejuang tersebut perlu Ikhlas. Bagaimana kita mahu tahu kita ini Ikhlas??
Maknanya,sekurang-kurangnya sebahagian syarat-syarat Ikhlas mesti dipenuhi. Antara syaratnya, kita berada di lorong atau jalan yang benar dan juga di sana juga ada usaha yang bersunguh-sungguh untuk mencapai HaDaf atau matlamat tersebut.Hmmm, baru sekulumit huraian daripada sudut Aqidah Perjuangan. Allhu Rabbi...Luasnya ilmu Allah Taala.

Namun, saat ini, Alhamdulillah aku dapat memandang dari sudut yang berbeza. Kali ini, aku mahu buat penukargantiaan dalam versi ayat manusia.



Jika kamu menolong agama Manusia,Manusia belum tentu tolong kamu.

Argh.. Terlalu sedikit pengertian yang mampu dieloborasi. Terlalu sakit kepedihan untuk diasimilasi. Manusia memang akan tetap jadi manusia.Yang akan lupa pada asal usul kejadian mereka. Dari tanah yang busuk dan lembik. Hingga menjadi makhluk angkuh lupa pada tanah yang dipijak. Di situ tempat asalmu. Di situ juga tempat kembalimu. Pada kebiasaan yang jadi kelaziman, manusia akan terlupa pada kebaikan yang orang lain lakukan setelah yang keburukan itu datang.
Sesaat kesilapan yang dibuat akan segar dalam ingatan walau sejam sebelumnya diberi kebaktian yang penuh makna kasih dan sayang.Ahhh.. terlalu panjang monolog ini. Sungguh janji tuhan itu pasti,jangan berharap pada manusia.Kerana kita juga manusia. Baiknya tuhan, jahatnya manusia..







Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat pada manusia lain.
Dan..
Sebaik-baik manusia adalah mereka
yang tidak memberi susah pada manusia lain.... Huhu

2 comments:

  1. betul tu..
    saya setuju dengan Pujanggut.

    berfikir panjanglah sebelum kita membuat sesuatu tindakan. berfikir ada kepentingan pelbagai maslahah.

    ReplyDelete
  2. *befikir atas kepentingan pelbagai maslahah

    ReplyDelete