Wednesday, September 16, 2009

Bukan kadang-kadang


ramai manusia keliru.
ramai manusia tak tahu.

tidak di datang penyakit kecuali disertakan ubat
tidak dinamakan hidup jika tidak sesudahnya mati.
tidak kita tergaru-garu kalau tidak gatal,.

kadang kita perlu diam untuk terus bercakap
kadang kita mesti berhenti melangkah untuk terus berjalan
kadang kita terpaksa berlapar untuk dapat makan lagi,
kadang kita harus marah untuk dapat senyum lagi,

yang paling utama sekali,

jangan sampai pembuluh darah hilang arah,
jangan biar nadi kita terhenti,
jangan hingga jantung tidak lagi berdenyut,

biarlah kita mati dengan sebenar-benar mati
jangan mati sebelum kita betul-betul mati,

kita perlu beribu-ribu kawan dan kita juga perlu sekurang-kurangnya satu lawan,
kita sangat perlu pada rakan-rakan yang sebulu dan kita juga perlu pelbagai jenis musuh,
kenali siapa lawan terlebih dahulu sebelum kenali kawan,
ketahui siapa musuh seteru terlebih dahulu sebelum kenali rakan sekutu,

sebabnya

teramat susah untuk kita kenal siapa lawan dan musuh setelah kita sudah kenal ramai kawan sebulu.

No comments:

Post a Comment