Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan kareem


Alhamdulillah sekarang kita berada di bulan Ramadhan. Bagaimakakah agaknya bahagian pertama daripada Ramadan kita? Apakah kita memperolehi seperti yang disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w, ”permulaan ramadhan itu Rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka”. Semoga ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk meraih visi TAQWA. Jadikanlah seluruh aktiviti di bulan puasa ini sebagai proses mendidik kita menjadi oring yang bertaqwa iaitu yang paling hampir di sisi Allah, paling diredhai Allah, dirahmati dan diberkati. Jangan sampai ramadhan yang kita lalui ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan pada diri dan amal kita.

Apa khabar bacaan Al Quran kita? Apa khabar Tarawikh kita? Apa khabar amal fardhu ain kita? Apa khabar qiamullail kita? Apa khabar puasa kita? Apakah semua ini semakin hebat dan rancak kita laksanakan? Tepuk dada Tanya iman kita? Inilah persoalan yang perlu kita kemukakan. Malang bagi kita, bila ramadhan menjelang, bukan soalan- soalan di atas yang kita tanyakan, yang kita selalu Tanya ialah bila waktu untuk berbuka? Nak makan apa petang nanti? Dodol dah kacau? Kuih raya dah tempah? Baju raya dah buat ke belum? Warna apa yang matching

Apakah kita lupa hadith Rasulullah yang bermaksud:

“…telah datang kepada kamu bulan Ramadan di mana Allah mengurniakan di dalamnya keberkartan menurunkan rahmat, mengampunkan dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolahi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan para malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah orang yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini”

Ramadhan dan beribadat pada bulannya perlu kita buru sungguh-sungguh supaya kita beroleh ganjaran taqwa. Paling tidak pun, lebih baik daripada tahun lalu. Jangan biarkan ramadhan berlalu tanpa apa-apa peningkatan amalan. Jangan kita biarkan ramadan berlalu tanpa kita mendapat rahmat dan keampunan Allah. Bayangkan inilah Ramadan terrakhir buat kita. Marilah kita semarakkan ramadan pada kali ini. Jangan sekali lupa saudara kita nun jauh di sana.... Bumi suci Falesthin.. Yang berpuasa 2 kali ganda lebih dari kita..

No comments:

Post a Comment