Saturday, December 25, 2010

Lelaki surga

Hidup adalah perhitungan antara surga dan neraka. Amalan surga dan amalan neraka.Manusia surga dan manusia neraka. Dua perkara yang selamanya bertentangan. Kontradik. Antara hangatnya bahaman api Jahannam dan sesejuk air Kolam al-Kausar segar nian. Antara lazatnya sungai madu,arak serta susu dan jeleknya takungan nanah. Semua hal sam`iyyat punya gambaran tersendiri untuk ummat manusia membayangkannya dengan akal yang terbatas. Walhal ianya maha dahsyat untuk kita terus berimaginasi. Surga adalah apa sahaja yang kita mahu dan neraka adalah apa sahaja yang kita benci. Makin lama hati manusia akhir zaman semakin jauh untuk ghairah membayangkan isi-isi surga dan ni`matnya. Begitu juga dengan neraka, kita seakan-akan meningkatkan rasa imun untuk bertarung dengan Malaikat Zabaniah.

Kekadang ahli surga bukanlah mereka yang kita nampak "bahagia" hidup di dunia. Mereka mungkin jauh dari ni'mat yang kebanyakan manusia miliki. Tempat tingal, duit, pangkat dan keturunan. Namun mereka adalah calon otomatik ke Surga. Sebenarnya post kali ini berusulkan satu pemandangan berdekatan Mydin Kuala Terengganu.







Masih lagi teringat sembang-sembang dengan abah semasa dalam satu perjalanan. Tetiba melintas orang gila yang berjalan mundar-mandir. Wuish... Ahli Surga tengah berjalan depan kita ni abah. Telahan aku disambut dengan selamba. Dosa pun tak ada. Masuk Syurga la.. Lagipun orang yang banyak buat aniaya kat depa ni.. Hmm, mana tidaknya, pantang slack sikit, diejek, jadi bahan ketawa,diumpat, dikeji, dipandang jelek dan banyak sangat lagi. Begitulah rupa keadaannya di kampung aku. Yang "kureng" sikit siap lah dia.

Allah timpakan ujian pada mereka dengan kesusahan untuk hidup bersama manusia lain yang lengkap sempurna. Tidak habis di situ, Allah juga turut menguji kita sebagai manusia yang masih lagi sempurna dengan kekurangan mereka. Kita sebenarnya sama-sama diuji. Cuma caranya yang membezakan.

Permandangan di atas Syahab Perdana jam lebih kurang 5.00 pagi.

Wednesday, November 24, 2010

Petikan Ucapan Saidina Ali

Wahai sekalian manusia, berbuat baiklah dalam hidup kamu ini kelak kamua terselamat di kesudahan kamu. Allah Swt telah pun menjanjikan kamu Surganya kepada golongan yang mentaatinya, di samping menjanjikan neraka kepada golongan yang mema`siatinya.

Sesungguhnya neraka itu tidak pernah reda marak apinya, mangsanya tidak pernah terlepas, seksaannya tidak pernah dirawat, bahangnya sangat terik, dasarnya terlalu dalam, airnya nanah pekung. Maka sesungguhnya apa yang paling aku takut ke atas kamu ialah jiwa yang cenderung mengikut hawa nafsu dan jiwa yang berangan-angan panjang.

Tuesday, November 23, 2010

Cuti sekolah datang lagi


jom pakat daftar anak-anak... Program tahunan.. kalau penuh tahun ini... Daftar awal sikit untuk tahun depan...

foto yang sempat ditangkap di persimpangan Kota Sarang Semut ke Pendang. Promo di seluruh ceruk negeri.

Suatu permandangan dalam Masjid UniSza untuk program cuti sekolah

Jangan buang masa anak-anak anda. Biar mereka menangis dengan kehendak kita dan jangan pula ibu bapa pula yang menangis kerana kehendak anak-anak.

Monday, October 18, 2010

measure Up

Aih…. Naik penat dan gayat rasanya bila buka facebook,blog, forum atau laman sosial yang sama waktu dengannya… dah tak ada isu lain nak posting kot… isu sama… atau lebih kurang sama… bak kata orang utara… PI MAI… PI MAI.. TANG TU JUGA… bukan tak boleh. Bukan haram. Tapi biarlah bersederhana. Moderate. Ini sampai tidak beralih tempat pun… Tidak bertukar angin… Tepu… ibarat padang pasir panas tidak berangin…
Tiap kali log in facebook.. Mesti ada posting tentang apa-apa sahaja berkenaan “cinta”. Rimas juga kadang-kadang. Walaupun ini sebahagian fitrah manusiawi. Aku pun manusia juga. Aku pun orang muda juga. Mano idoknya. Kalau nak ‘share link’, asyik-asyik tentang artikel kisah cinta. Duka, lara, sendu sendawa. Panjang berjela pun tak kisah punya. Haa… Kalau nak tag video, selalu sangat sajak kesucian cinta dideklamasi beriringan irama nan romantik. Dengan gaya kopoyoan secukup rasa. Haha… Aku sokong sangat kalau ada mesej jelas. Sekadar jiwang. Lebih baik tak payah pun tak pe kot. Simpan dalam hati sudah….
Lagi satu hal, bagi yang ada overview pasal dinul Islam pulak pon ada penyakit juga…. Mungkin atas dasar berpegang pada hadisun nabiy “ballighu `anni walau aayah”. Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat. Dia pun upload banyak video ceramah. Bagus kita sebar ilmu agama. Ilmu Islam. Tapi bukan dalam skop yang sempit. Selalu sangat duk “terserempak” dengan petikan video al-Fahilatus syaikh Ustaz Kazim Elias dan al-Fahilatus syaikh Ustaz Azhar Idris. Rata-rata upload part yang best ja. Part cerita pasal haq suami isteri. Part tentang pernikahan dan lain yang sewajar dengannya. Yang selalu Ustaz-ustaz duk cerita macam-macam lagi yang lain. Yang mungkin lebih aula. Penting. Untuk buat bekal dalam hidup. Tapi, kita duk “koya” situ lah. Bak kata ore kelate. Hmm..Ustaz-ustaz bukan duk ajar kitab muhimmah saja. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang depa ajar. Kita duk ambil bahagian-bahagian tertentu sahaja. Udah la kita ambil bahagian-bahagian tertentu. Sikit pula tu.. Tidak menyeluruh.
Haish… Teringat pula kisah umat sebelum kita. Depa pun duk ambil dan beramal dengan bahagian kitab yang “best” juga. Bahagian yang boleh buat untung. Bahagian yang sedap. Bahagian nikmat dan rejeki. Huh… you can see the similirities. Bila diminta pengurbanan. Mereka tidak ikut. Bila disuruh beribadah. Mereka ingkar.


Udkhulu fissilmi kaafah..
Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya.

Ambillah Islam yang kita maseh punya ini secara seimbang dan sesuai berat timbangannya.. Sebagai analogi, ubat secara umumnya baik. Namun kesannya bergantung kepada cara pengambilannya. Bila kita sebut ubat ini baik. Adakah kita boleh diambil dengan dos yang banyak?? Nak cepat sembuh katakan. Tidak kawan-kawanku. It will be poisonous. Your body will poisoned.
Entri tidak merujuk pada mana-mana kitab… Cuma merujuk pada hal semasa. Sebarang ayat atau perkataan yang berbunyi arahan atau larangan adalah sekadar aras pandang dari saya. Boleh jadi tidak tepat dan tidak semestinya salah.

Sebagai hadiah daripada saya. Di bawah ada satu sesawang yang boleh kita akses untuk dapat sedikit ilmu.

http://palletrohani.blogspot.com

Wednesday, October 13, 2010

Niggling doubt

dari kejauhan...sambil menunngang motosikal,aku amat tertarik gambar kehidupan(picture of life). Ternyata sudah lama aku tidak dapat melihatnya di kaca TV dan surat khabar... Yang riuh-rendah hanya berita-berita memalukan... terasa tepukau bila mengenang zaman kanak-kanak... keadaan ku juga hampir sama dengan gambar ini


bukan senang nak jumpa situasi ni dalam hidup... Jadi,aku pun tak rasa susah nak snap 2 3 kali...

seorang ayah menuntun motorsikal bersama dengan anaknya... Barangkali bagi orang biasa.. Gambar tiada makna sedikitpun.. Tapi bagi mereka yang visualize.. Setiap gambar memberi makna dan ada maksud yang hendak disampaikan....

bak kata-kata dalam lagu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd

Sunday, October 10, 2010

Macam mana nak senang?

SENANGKANLAH HATIMU*
Oleh: Al-Anisah Mai

"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan. Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dan suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.

Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia. Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya. Kalau sekiranya engkau tak kuasa jadi dermawan, itu pun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian mesti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya. Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu, segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan, dan kalau kalah tidak begitu terasa, Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang. Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celanya kapada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah. Ingatlah! Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah temyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan. Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah fernyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, iaiiu kesihatan dan kesakitan.
Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia, ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkanlah hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang terang benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihat-Nya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya matamu sehinggajadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam: "Adalah” sehingga dia pun "Ada". Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacatmu, tak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, di hadapanmu ada puncak bukit kemuliaan orang yang masyhur itu berdiri di atas masyarakat, dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yang kecil-kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tak didapat oleh yang bibimya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam ombak ilham.


Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu. Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senang-kanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah**. Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkanlah hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan. Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa 'sial -dangkal', maka senangkan juga hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.


Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belaskasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusimya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri. Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!
Merasa tenteramlah!


* Artikel ini di petik dari buku “Tasawuf Moden” oleh Allahyarham Prof. HAMKA. Diharap artikel ini juga menjadi sebahagian daripada projek HAMKA

Monday, September 20, 2010

Tuesday, July 13, 2010

Bila tong sampah pun jadi sampah



Sayang seribu kali sayang... bila manusia gagal menilai fungsi dan tempat...

Friday, July 2, 2010

Kasih & Sayang



Susah mengajar susahnya erti kasih & sayang..
Setitis air ketika dahaga sangat berharga..
Samakah nilai hulur sayang sang kaya..
Dengan cucur kasih si miskin papa..
Pastinya tidak akan sama..

Harta & Nyawa..
Itu yang kita mungkin ada..
Gunalah... dan usah disimpan sia-sia.......

Sunday, May 23, 2010

Aduss...


Artist : Halim Yazid
Title : Diri Ambo

Ambo nok sambun kisoh dighi sedighi
Doh adek kakok kapon pakak nok dengaa lagih
Ambo hormak sanjon segalo kaseh segalo budi
Susoh hok ambo tanggun adek kakok ambek peghati

Ooo…oooo..
Ambo ghaso bebesaa hati
Ooo…oooo..
Terimo kaseh setinggi-tinggi

Maso kecik ambo beso makey nasik sajo-sajo
Kalu ado sekeghak ikey pon keno bagi duo
Dapo como ado gaghe jaghe benaa ado gulo
Bajopoh male-male pakaa minun air telago

Bangun pagi-pagi sauk baju pakaa sluaa
Mek ambo ghebuh ubi bukuh buwi buak bekaa
Dio pesey haghi-haghi Leng ngaji lah pandaa-pandaa
Kalu seksok pah tinggi oghe kato bulih jadi pegawa

Ooo…oooo..
Ambo gi skoloh beghungga-ghungga
Ooo…oooo..
Ambo nok ngaji wi pandaa-pandaa

Ado satu ketiko..
Cekgu mitok sepuloh ghiyaa
Dio kato skoloh kito nok gi melawak sambii belajaa
Hmm..Tak dok apo doh la cekgu sayo tok leh bayaa
Oghe lain gi blako ambo soghe jah tinggaa

Hok ambo peghik seghoti keno gi skoloh alik petey
cekgu kato wajik maghi ghumoh kunin ado latihey
Ambo lah banyok sekali keno hungga kelilin padey
Keghano ambo tok leh nok beli sluaa pendek kasuk sukey

Ooo…oooo..
Malunyo weihh ambo keno pajey
Ooo…oooo..
Ni la baghu ambo ghoyak kok ghe

Teghimo kaseh la cekgu-cekgu
Keghano sudi ajaa sayo
Daghi daghejoh satu hingga jadi maknusio
Mitok halaa segalo ilmu hok cekgu buwi selamo maso
Wi tapok kaki gughu ambo tundok mitok redho

Ambo masuk yunibesiti tahon lapey puloh
Budok kapon nok gi ngaji
Tok tahu la mano jatuh
Adek-adek kecik lagih ghato segenak kok dale baghuh
Iktekak dale hati ambo nok ngaji sunggoh-sunggoh

Ingak malu kok ghe waghih waghah dok pakak kato
Tok soh laa dudok tebey kalu tidok bako kayo
Ataa skoloh anok jate wat ngabih ko hagheto
Tidok kato nok pakak ghatey tulon baatu samah duo

Ooo…oooo..
Tak dok nyo dighi ambo
Ooo…oooo..
Demo tok sir kelih walau sebeloh mato

Mek dengaa ayoh masuk jadi peneroko baghu
Daley bukik nok taney getoh di Kesedaa Lebir Satu
Peghe dengaa ghimaa gajoh makey tok makey tak dok sapo tahu
Beginih laa oghe susoh nok tanggon anok ngaji di Yuu

Keghano keado’ey begitu ayoh ambek keputusey
Wahai anok-anokku kito pecoh lah tigo jale
Mu Halen anok nombo satu dok Kualo Lupo ngaji la soghe
Adek-adek tinggaa kapon dulu pakak dudok la limo oghe

Ooo…oooo..
Selamak tinggaa selamak jale
Ooo…oooo..
Adek hok boosu jeghik sokmo male-male

Alkisoh la ambo pulok tengoh dok mengaji di Yu Malaya
Buku rujukey pun ambo tak dok pakaa haghak ko salen nota
Beghaso malu jugok masok majelih hok besaa-besaa
Baju ambo mughoh telajok duo belah ghiyaa jah selaa

Haghi konbokesyen
Haghi utok ayoh bondo
Penak jeghih seghibu musen
Haghak mek ayoh beghaso banggo
Tahniah daghi sain-sain ambo teghimo banyok bungo
Ambo lah oghe panggey Halen
Anok kapon sesok hok buley bejayo

Ooo…oooo..
Akhirnyo ambo buleh sarjano
Ooo…oooo..
Syukoo pado Allah Maho Kuaso

Wednesday, May 12, 2010

Gula-gula

Suatu pagi di Sobasun



Gula tak ada di tempat biasanya ia ada



Pengguna berbaris



Tuesday, May 11, 2010

Terima kasih

Adoi!!Aku tak tahan betol lah ngan dia tu....Entah apa lagi yang tak kena pada dia. Habis semua benda dihentamnya.!

Pernah dengar orang mengeluh macam tu? Atau anda sendiri yang kerap mengeluh macam tu? Diam aje. Kalau diam tu, maknanya pernahlah tu.

Jangan marah sangat. Sebenarnya lagi banyak musuh kita, lagi power kita jadinya. Mana tidaknya. Bila dia tu memusuhi kita, sudah tentu dia asyik duk kata kat kita kan? Ngumpat kita. Fitnah entah apa-apa. Sampai kita sendiri pun terfikir aku pernah buat ke ni. Musuh kita tu memang akan nampak apa saja pada kita. Apatah lagi yang buruk. Dah la kita ni bukannya baik sangat. Dah tu memang la banyak benda yang kita tak kena. Fuhh.. Ada seekor yang macam ni pun dah cukup menyerabutkan hati kita yang kotor ni.

Jangan risau(pada hal tak suka). Ini satu peluang kita menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Dia akan kata kat kita macam-macam. Inilah peluang untuk kita tunjukkan yang kita tak macam tu. Anggaplah ini satu ransangan bagi kita. Andainya musuh kita tu kata kita ni bodoh. Ini peluang untuk kita buktikan yang kita tidak sebodoh yang disangka. Kita akan teransang untuk buktikan yang kita tak macam tu.

Sebagai contoh, musuh kita cakap yang orang Islam lemah, tak pandai dan hanya pandai guna barangan serta kepakaran asing. Orang Islam miskin. Universiti ja banyak. Tapi,hasilnya tak nampak. Apa cer? Apa kes? Kecoh ja lebih. Fuhh... Kalau tak rasa apa-apa tak tahu lah apa nak cakap. Kalau yang terasa tu... Insya allah(ada sedikit Iman).. ini akan jadi batu loncatan untuk bergerak lebih maju. Yang tengah berniaga, dia cuba majukan perniagaan supaya lebih menguntungkan. Hasilnya boleh dia sumbangkan untuk dana Islam. Yang tengah belajaq, kita berusaha untuk lebih rajin untuk dapat Qualification,Cerfitication and Achievement of new innovation. Wow... tak kan tak terasa kot. Yang sedang membawa Islam di atas pundaknya sedangkan segelintir sahabat seaqidah mencemuhnya. Jangan pelik. Biasalah tu. Kat mana pon macam tu lah. Serata tempat, serata negeri, serata alam. Depa ni bukannya buat apa sangat. Cakap ja lebih. Tak ada asas la pulak tu. Haish.. ciannyer dia..Cuba bayangkan kalau macha-macha ni tak ada dalam hidup kita. Mesti kita pun SS(syok sendiri, daripada kita diganggu bisikan jin setan, lebih baik diganggu setan manusia). Hah,kita akan cuba buktikan(kenalah ikhlas) yang apa kita buat benar dan tak salah untuk dia terima sekadarnya. Lagipun kan... bila ada makhluk yang macam ni... Kita akan cuba untuk ikhlas... berterima kasihlah pada mereka. Now they are part of your life. Belakang Nabi kita solat pun ada ja orang Munafiq jadi makmum.. Kita ni apalah sangat... hua hua..

Orang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya. Kalau kita tak ada musuh, selalunya kita tak teruja untuk buktikan yang haq. Hujung-hujung, rupa-rupanya kita masih di tempat yang sama macam dia juga. Ambiklah yang positif. Jadikan musuh kita,musuh yang baik.


Orang Islam selalunya ada musuh... Kita tak pernah cari dia... dia yang datang... nak buat mcm mana...Sambutlah dia sedaanya... pasti ada hikmah Tuhan ciptakan dia..

Tuesday, April 20, 2010

Enigma... Hamba Abdi


Susah sungguh rupanya untuk menjadi hamba,
biarpun dahi sentiasa sujud setiap hari,
pada aras yang sama dengan kaki dan lutut,
pada tapak kaki orang di depan,


Aku meletakkan kepala yang di dalamnya otak,
pada tempat yang paling rendah,
aku menundukkan pandangan mata sebawah-bawahhya,
hingga menghadkan apa yang dapat dilihat,
mata yang mengintai nikmat fana dunia.

Aku ruku' pada kebesaran-MU
Sambil diiyakan dengan ayat-ayat tasbih
untaian ta'zim ku lurutkan,
tulang belakangku bengkokkan,
menahan bebanan amanah khalifah,

Sambil aku berdiri menghadapmu,
aku memeluk badanku ini,
penuh dengan daki dosa kotor,
berserabut parut rasa dengki,
berceruping kepingan tinggi diri.

Niat aku di awal solat,
hanya kepada engkau tumpuan ibadat,
engkau sahaja tempat ku bermunajat,
Sekejap...
Apa halnya aku masih berat dalam perkara maksiat,
yang maaruf masih tidak berbuat.

Kenapa aku tetap jahat walaupun setelah solat,
bila ku hitung mungkin ku hanya mendapat penat,
Ku tetap juga hendak bersolat,
mungkinkah itu petanda aku dan Allah sentiasa dekat.

Tak mungkin,tak mungkin.
Apakah puluhan tahun aku menyembahmu,
aku juga di tempat sampah seperti insan ingkar pada-MU,

Ya Allah Ya Tuhanku
Bantulah aku untuk belajar menjadi hamba-Mu yang Sebenar...
Perhambakanlah aku...

Saturday, April 17, 2010

Sudah cukup 23 tahun bernyawa

Aku berterima kasih kepada semua yang menemani aku hidup atas dunia ini..
Sama ada secara langsung atau tidak...
Yang dah lama dengan aku ataupun masih baru..

Kepada selalu bersorak-sorai denganku, doakan aku supaya dapat juga menjadi teman di saat kita kusut-masai..Mamai..

Kutujukan khass.. kepada mereka bersusah-payah denganku... saat kita berhempas-pulas.. detik kita terkena bias tempias melintas jalan berkias..muga kita juga dapat bersuka-suka di suatu tempat yang sudah tentu tempat duduknya..namun, belum pasti siapa pemiliknya... doakan... kita lah orangnya...

Kelahiran ke-23...

Tuesday, April 13, 2010

Berkawan



Alhamdulillah, majoriti umat Islam menghormati al-Qur’an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur’an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jauh sekali daripada mempraktikkannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata kerana ia adalah al-Qur’an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur’an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan pelbagai lagi.

Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Qur’an kerana ia adalah al-Qur’an tetapi jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap menelaah dan mempraktikkan kandungannya, ia akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur’an, kita sebenarnya mencapai tujuan asal al-Qur’an diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Para ilmuan telah menggariskan bahawa yang dituntut ke atas kita terhadap al-Qur’an adalah:

1. Beriman kepadanya.

2. Membacanya dengan disiplin tajwid sekadar mampu.[1]

3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).

4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.

5. Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.

6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.

Daripada enam tuntutan ini, empat yang pertama dituntut ke atas semua umat Islam. Apabila seseorang itu telah menguasai empat yang pertama, maka dituntut ke atasnya dua yang selebihnya. Sehingga kini boleh dikatakan bahawa majoriti umat Islam telah menunaikan dua tuntutan yang pertama. Kita beriman kepada al-Qur’an dan belajar cara membacanya berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Akan tetapi, sepertimana yang disebut di permulaan bab ini, kita masih jauh daripada menelaah kandungan al-Qur’an, apatah lagi mempraktikkannya.

hafizfirdaus

Saturday, April 3, 2010

Friday, March 26, 2010

ENAM PEGANGAN


1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.

Thursday, February 18, 2010

Mark no see yea

Menurut ahli materialis seperti Darwin dan Freud, tubuh manusia ialah 140 kati dengan bahan-bahan berikut;

1.Lemak yang boleh membuat 7 ketul sabun.
2.Karbon yang boleh membuat 7 batang 'rosos'.
3.Fosfor yang boleh membuat 120 kepala mancis.
4.Garam magnesium sekadar layak diminum sekali untuk melawaskan buang air besar.
5.Kapur simen yang cukup untuk memutihkan 1 petak reban ayam.
6.Besi yang boleh digunakan untuk untuk membuat sebatang paku sederhana besar.
7.'Kibrate' yang cukup untuk menyucikan satu kulit anjing daripada kuku-kutu di bulunya.
8.Air 10 gelen.

Menurut kajian Ali Mutawi,manusia mempunyai 92 unsur seperti ayng terdapat dalam unsur-unsur Bumi.Kandungan unsur di dalam tubuh manusia adalah mengikut kadar tugas yang diperlukan oleh tubuh, umpamanya kalsium dan fosforus sebagai anasir pembentukan tulang.

Kandungan unsur Bumi terdapat dalam diri manusia kerana manusia makan hasil Bumi sejak dari kandungan lagi.Tumbuhan yang dimakan sememangnya tersusun daripada unsur-unsur tanah yang diserap secara langsung dari Bumi. Apabila manusia memakannya,berpindahlah unusur-unsur tanah ke tubuhnya. Apabila manusia, binatang dan tumbuhan mati, semuanya hancur dan bertukar menjadi unsur-unsur yang asal dam akan kembali ke tanah.

Diekstrak dari buku Membina Imaginasi Cermerlang,Dr. HM Tuah

Wednesday, February 17, 2010

Aku berjaya atau aku terpedaya

Agak susah sebenarnya bila mahu mendefinisi kejayaan untuk diri sendiri dan orang lain. Tidaklah sesukar membina peraturan untuk diri sendiri dan orang lain.Perlukah ada tahapan dalam mendefinisikan kejayaan seumpama musafir yang berehlah dalam suatu perjalanan. Sekiranya sampai di tempat yang dituju,maka berjayalah perjalanan atau si musafir mendapat apa yang dihajatinya sahaja tanpa sampai di tempat dituju. Pusing..

Apakah dengan banyak kelebihan kita dikira berjaya?
Berjayakah kita andai segala kelemahan kita mampu ditutup?

Kekurangan kita adalah kelebihan kita.
Kelebihan kita adalah kekurangan kita....

Kebanyakan kita hanya nampak apa yang di depan mata.. Sukar untuk kita menyelak erti sebenar disebalik balutan sebuah keberjayaan.

Sebelum balik bercuti midsem baru-baru ini, saya sempat singgah di pasar malam berdekatan Bukit Tunggal. Pada masa yang sama waktu maghrib menjengah,tekak saya berasa sungguh kering dan haus.Apa lagi saya terus cuba mencari air supaya rasa haus dapat dihilangakan.

Jalan punya jalan kat pasar malam tue,saya nampak ada satu meja kecil yang tak ada owner. Barang-barang yang dijual pun tak banyak. Tisu, minyak ubat dan barang-barang ringan serta ringkas. Naik hairan saya dibuatnya. Gerai yang lain masih lagi rancak berjualbeli. Terlintas di benak saya besar kemungkinan pemilik meja tersebut adalah seorang OKU.Malu rasanya untuk meneruskan niat untuk membeli air minuman sedangkan ada orang yang kurang upaya mampu solat di awal waktu. Saya pun membatalkan niat yang agak terdesak. Jarak surau pun agak jauh. Lebih 1 kilometer. Tibanya di sana. Keyakinan semakin mengukuh bila melihat seorang buta sedang solat. Waduh.. Dia mampu nampak apa yang mungkin aku rabun dan kabur. Atau memang. Argh... Dia lebih berjaya daripada aku. Dengkinya aku..Seusai solat. Saya lantas kembali ke pasar malam dan sahlah apa yang saya jangka..^^..



Terkenang Hadisun nabiy..

Ibn Muhairiz berkata kepada Abu Jum`ah,"Ceritakan kepada kami apa yang telah kamu dengar daripada Rasulullah saw!" Jawab Abu Jum`ah,"Baiklah akan ku ceritakan kepadamu hadis yang baik,iaitu,Kami makan siang bersama Nabi saw dan bersama kami juga Abu Ubaidah Bin al-Jarrah. Lalu dia bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah ada orang yang lebih baik daripada kami PADAHAL kami telah Islam dan berjuang bersamamu?'Jawab Nabi saw, "Ya,iaitu kaum(orang-orang) yang akan datng sesudahmu, mereka percaya kepadaku PADAHAL mereka tidak melihat(bertemu) denganku".(HR. Ahamad)

Dalam riwayat yang lain

Salih bin Jubair berkata, Abu Jum`ah al-Anshori r.a sahabat Nabi saw datang untuk bersolat di Baitul Maqdis,sedang bersama kami Rajaa' bin Hayaat r.a. Kemudian ia akan kembali, kami menghantarkannya. Lalu dia berkata, 'Kalian berhak menerima jaizah(hadiah). Akan ku ceritakan kepadamu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah saw. Kami berkata, Silakan, semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Kemudian dia berkata, Ketika kami bersama Rasulullah saw dan Muadz Bin Jabbal orang yang kesepuluh anatara kami, kami bertanya, Ya Rasulullah,apakah ada kaum yang lebih besar pahalanya dari kami,kami telah percaya kepada Allah dan taat kepadamu?" Jawab Nabi saw, "Apakah yang dapat menghalangi kamu untuk beriman sedang Rasulullah di sisimu dan wahyu masih turun dari langit di tengah-tengah kamu, tetapi ada kaum yang akan datang sesudah kamu, mereka hanya percaya pada KITAB dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya, mereka lebih afdhal(istimewa) daripada kalian, mereka lebih afdhal daripada kamu, mereka lebih besar pahalanya daripada kamu".
(HR. Abu Bakar bin Mardawaih)


Kita menjadi mulia mungkin kerana keadaan kita. Seorang miskin menjadi lebih mulia kerana mampu menginfaqkan sekeping wang merah pada bilangan yang sama dengan dermawan berharta.Dan seorang BUTA meraih redho Allah pada ibadah yang sama dengan Muslim normal yang lain.Seorang cacat mendapat berlipat ganda pahala dek kerana susahnya mahu berjalan ke masjid. Keadaan dan usaha(inisiatif diri) penentu siapa kita dan keberjayaan yang hakiki.

Semasa menyertai rombongan ke PICC(Putrajaya International Convention Center) bagi menghadiri Real Undergraduate Convention, ada pemandangan begitu mengharukan hati. Dalam perjalanan pulang rombongan bercadang bersolat di Masjid Besi yang berketinggian 3 aras.Ada seorang tua menjengkek dari satu anak tangga hingga ke atas.



Kuat sungguh jiwanya..

Monday, February 8, 2010

the man


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Sunday, January 24, 2010

Kelahiran cahaya 'mata'



Gambar anak Kak Ayuni



gambar anok abe tame





Gambar anak abg ridhaudin

Thursday, January 21, 2010

Antara Diam dan Bercakap: Mana Satu Yang Terbaik?

Jika ada sesuatu topik, biasanya ada dua pendapat yang saling bertentangan. Satu kelompok kata A, dan satu lagi kumpulan akan kata B. Sampai satu tahap, jika kumpulan B tidak setuju dengan pendapat kumpulan A, maka akan timbullah perkelahian dan tidak puas hati.

Apa yang ingin saya perkatakan pada hari ini bukanlah mengenai perbalahan secara berkumpulan, tetapi kita (individu). Pada pendapat anda, yang mana satukah tindakan terbaik? Berkata sesuatu (pendapat) atau berdiam diri tanpa berkata apa-apa?
Kadang-kadang, timbul satu perasaan serba-salah. Kalau bagi pendapat, ada pihak yang berduka-cita dan terasa. Kalau tak bagi pendapat, maka mungkin lagi parah jika tidak turut memberi pendapat kerana kadang-kadang pendapat kita itulah jawapan yang boleh membantu.

Itu satu hal. Kadang-kadang, apa yang kita tulis sama ada di blog atau forum akan dianggap lain maksudnya oleh orang lain. Padahal kita maksudkan lain. Jadi adakah tanpa perlu tulis apa-apa adalah jalan terbaik agar tiada orang yang terguris hati?

Ya, memang tak semua orang kita boleh jaga hati mereka. Kita tidak mampu kerana semua orang mahu puaskan hati sendiri. Tapi persoalan di sini, yang mana satukah tindakan terbaik untuk dilakukan di dalam satu-satu keadaan? Bercakap atau berdiam diri? Kalau nak bercakap atau menulis juga, apakah cara yang terbaik?
Ada satu tip yang mungkin anda sudah tahu iaitu cara kita menulis, bercakap atau menyampaikan sesuatu pendapat. Si A dan B cakap benda sama, tapi si A cakap dengan nada yang marah-marah dan emosional. Si B pula cakap dengan relaks, profesional dan mengawal setiap patah perkataannya.
Pada anda, siapakah yang lebih mudah diterima? Biasanya orang jenis Si B tadi kerana beliau tidak emosional. Jadi itu satu cara untuk menulis atau mengatakan sesuatu iaitu cara kita menyampaikan.

NAMUN…
Tak semua perkara kita perlu sertai sekali. Orang kata, jangan nak menyibuk dengan perkara yang tidak perlu. Sebab ia adalah salah satu jerat yang memakan banyak masa anda, walaupun ia perkara yang baik.

Pendek kata, berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Perlu atau tidak? Jika perlu, maka susunlah ayat-ayat yang ingin dikatakan dengan sebaik mungkin.
Namun perlu ingat. Sebaik mana pun ayat-ayat anda, masih tetap ada mereka yang tak akan puas hati. Maka di sinilah pentingnya anda mengawal emosi agar tidak tergelincir dengan ayat-ayat yang boleh mencalarkan nama dan kredibiliti anda.
Selain itu, dengan bersifat toleransi atau bertolak-ansur, insyaAllah tidak akan berlakunya pertikaman lidah. Walaupun pendapat orang lain tidak tepat, tetapi dengan bertolak ansur dan tidak memanjang-manjangkan perbincangan, maka pergaduhan boleh dielakkan.

Di dunia ini, anda tidak akan mampu mengawal semua hati manusia. Sebaliknya anda hanya mampu dan perlu berusaha sebaik yang mungkin sahaja. Orang suka atau tidak, itu bukan masalah anda, tapi ia adalah ‘masalah’ mereka…

Seperti biasa saya tinggalkan anda dengan satu persoalan..

Yang mana satukah yang terbaik ?
‘Orang yang baik-baik sahaja yang bercakap atau bercakap yang baik-baik sahaja’.

Sunday, January 3, 2010

Hirup kuah, tinggal isi.



Siapa yang boleh teka di mana gambar ini diambil?
Erm,dekat sahaja dengan kita,
Tak jauh pun..