Monday, September 7, 2009

SEJARAH YANG DILUPAKAN, SATU SOROTAN


Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah) Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini..... 1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini... Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepas Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah… Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik) Alfonso: selamat pagi Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak) Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.. Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana..... Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ… J

Jom Pakat Mai


Kepada semua anak Kedah, anda dijemput hadir bersama-sama untuk memeriahkan lagi Majlis ini..

Sunday, August 30, 2009

Adakah sama atau sekadar serupa?

oleh Ibnuyaacob


Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Kesimpulan

Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!


AIC

Wednesday, August 26, 2009

Butiran tokoh.. Tinggal sejarah


Adalah sangat bagus apabila wujudnya pengisian yang menyentuh soal kebersihan hati. Namun saya masih terfikir. Mungkinkah kita dapat membuat suatu pengisian yang menerangkan tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka untuk renungan ahli gerakan Islam. Maka ketika itu, ahli gerakan akan bekerja bukan untuk memenangkan jamaah dalam pilihan raya semata-mata, bahkan mereka bekerja untuk mengajak orang masuk ke syurga dan menjauhi neraka. Persoalannya, benarkah tarbiah kita selama ini amat menitik beratkan soal syurga dan ketakutan kepada neraka? Atau kita hanya menekankan soal kepimpinan yang berkualiti tanpa menyentuh soal syurga dan neraka? Renungkan bersama...

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor(Mantan Presiden Gamis)

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan kareem


Alhamdulillah sekarang kita berada di bulan Ramadhan. Bagaimakakah agaknya bahagian pertama daripada Ramadan kita? Apakah kita memperolehi seperti yang disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w, ”permulaan ramadhan itu Rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka”. Semoga ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk meraih visi TAQWA. Jadikanlah seluruh aktiviti di bulan puasa ini sebagai proses mendidik kita menjadi oring yang bertaqwa iaitu yang paling hampir di sisi Allah, paling diredhai Allah, dirahmati dan diberkati. Jangan sampai ramadhan yang kita lalui ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan pada diri dan amal kita.

Apa khabar bacaan Al Quran kita? Apa khabar Tarawikh kita? Apa khabar amal fardhu ain kita? Apa khabar qiamullail kita? Apa khabar puasa kita? Apakah semua ini semakin hebat dan rancak kita laksanakan? Tepuk dada Tanya iman kita? Inilah persoalan yang perlu kita kemukakan. Malang bagi kita, bila ramadhan menjelang, bukan soalan- soalan di atas yang kita tanyakan, yang kita selalu Tanya ialah bila waktu untuk berbuka? Nak makan apa petang nanti? Dodol dah kacau? Kuih raya dah tempah? Baju raya dah buat ke belum? Warna apa yang matching

Apakah kita lupa hadith Rasulullah yang bermaksud:

“…telah datang kepada kamu bulan Ramadan di mana Allah mengurniakan di dalamnya keberkartan menurunkan rahmat, mengampunkan dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolahi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan para malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah orang yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini”

Ramadhan dan beribadat pada bulannya perlu kita buru sungguh-sungguh supaya kita beroleh ganjaran taqwa. Paling tidak pun, lebih baik daripada tahun lalu. Jangan biarkan ramadhan berlalu tanpa apa-apa peningkatan amalan. Jangan kita biarkan ramadan berlalu tanpa kita mendapat rahmat dan keampunan Allah. Bayangkan inilah Ramadan terrakhir buat kita. Marilah kita semarakkan ramadan pada kali ini. Jangan sekali lupa saudara kita nun jauh di sana.... Bumi suci Falesthin.. Yang berpuasa 2 kali ganda lebih dari kita..

Thursday, August 6, 2009

Cukup dengan kekurangan

It’s not easy for me to put some trust on someone else.. But it’s easy for me to make friends with anyone.. Previously I have a split thinking.. Whether to be silent and hard-hearted or talkative and cheery.. Maybe because of the environment and people.. Being a good person will not ensure people will respect and love us and being a bad person for sure will be hate by others.. I’m confused to choose either one between these two things.. Is it necessary to seek revenge to people who betrayed or do something rubbish to me? I’m about to be into this circumstance but suddenly other ‘echo’ seems crossing through my hearing.. No, I can’t do that no matter how bad you have been treated.. Remember your feature; Neutral. It means I have to be neutral with all.. But I asked myself.. Will people appreciate that sense? And what if I will be treated badly again and again later on? I’m also a normal human being that sometimes can’t prevent the feeling of angry, discontent and dissatisfied.. I just want to be close with all persons.. Yet, repeatedly being blamed.. Try to be the happiest one in the world, but still have tears..

Before this I used to remind myself, I will not love friends or anyone more than my family.. I don’t want to be loved, touched and even approached and nobody can be able to know about my own.. I want to be isolated, never trust people..

After I grow older, there are many things that opened my senses.. I start to evaluate every experience, try to influence and sometimes to be influenced by others especially from those who are really close with me.. And I have the real value in this life.. The initial principe of being neutral should be kept up.. No matter whether it will hurt me or not..

Life is not easy for us actually.. We’re not perfect and can’t expect people to be perfect as well.. So, accept yourself as you are and others as they are.. At this point, I want to delete any unwanted memory.. Erase them permanently.. Polishing the real me until nobody can be able to dumb me easily..

IIUM student

Wednesday, August 5, 2009

Di Negara Komunis

Kung Fu Tze.. Fight for fighting,sight for seeing
buleh terbang tuh.. meh tengok akak nih
gerakan berjama3ah..mula dengan gerakan asas,bukan langkahan kecil & bukan langkahan besar..adik-adik

pelbagai cara, satu matlamat..
langkah hamba, langkah pejuang..Takbir!!!