Wednesday, August 26, 2009

Butiran tokoh.. Tinggal sejarah


Adalah sangat bagus apabila wujudnya pengisian yang menyentuh soal kebersihan hati. Namun saya masih terfikir. Mungkinkah kita dapat membuat suatu pengisian yang menerangkan tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka untuk renungan ahli gerakan Islam. Maka ketika itu, ahli gerakan akan bekerja bukan untuk memenangkan jamaah dalam pilihan raya semata-mata, bahkan mereka bekerja untuk mengajak orang masuk ke syurga dan menjauhi neraka. Persoalannya, benarkah tarbiah kita selama ini amat menitik beratkan soal syurga dan ketakutan kepada neraka? Atau kita hanya menekankan soal kepimpinan yang berkualiti tanpa menyentuh soal syurga dan neraka? Renungkan bersama...

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor(Mantan Presiden Gamis)

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan kareem


Alhamdulillah sekarang kita berada di bulan Ramadhan. Bagaimakakah agaknya bahagian pertama daripada Ramadan kita? Apakah kita memperolehi seperti yang disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w, ”permulaan ramadhan itu Rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka”. Semoga ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk meraih visi TAQWA. Jadikanlah seluruh aktiviti di bulan puasa ini sebagai proses mendidik kita menjadi oring yang bertaqwa iaitu yang paling hampir di sisi Allah, paling diredhai Allah, dirahmati dan diberkati. Jangan sampai ramadhan yang kita lalui ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan pada diri dan amal kita.

Apa khabar bacaan Al Quran kita? Apa khabar Tarawikh kita? Apa khabar amal fardhu ain kita? Apa khabar qiamullail kita? Apa khabar puasa kita? Apakah semua ini semakin hebat dan rancak kita laksanakan? Tepuk dada Tanya iman kita? Inilah persoalan yang perlu kita kemukakan. Malang bagi kita, bila ramadhan menjelang, bukan soalan- soalan di atas yang kita tanyakan, yang kita selalu Tanya ialah bila waktu untuk berbuka? Nak makan apa petang nanti? Dodol dah kacau? Kuih raya dah tempah? Baju raya dah buat ke belum? Warna apa yang matching

Apakah kita lupa hadith Rasulullah yang bermaksud:

“…telah datang kepada kamu bulan Ramadan di mana Allah mengurniakan di dalamnya keberkartan menurunkan rahmat, mengampunkan dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolahi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan para malaikat. Maka tunjuklah kepada Allah kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah orang yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini”

Ramadhan dan beribadat pada bulannya perlu kita buru sungguh-sungguh supaya kita beroleh ganjaran taqwa. Paling tidak pun, lebih baik daripada tahun lalu. Jangan biarkan ramadhan berlalu tanpa apa-apa peningkatan amalan. Jangan kita biarkan ramadan berlalu tanpa kita mendapat rahmat dan keampunan Allah. Bayangkan inilah Ramadan terrakhir buat kita. Marilah kita semarakkan ramadan pada kali ini. Jangan sekali lupa saudara kita nun jauh di sana.... Bumi suci Falesthin.. Yang berpuasa 2 kali ganda lebih dari kita..

Thursday, August 6, 2009

Cukup dengan kekurangan

It’s not easy for me to put some trust on someone else.. But it’s easy for me to make friends with anyone.. Previously I have a split thinking.. Whether to be silent and hard-hearted or talkative and cheery.. Maybe because of the environment and people.. Being a good person will not ensure people will respect and love us and being a bad person for sure will be hate by others.. I’m confused to choose either one between these two things.. Is it necessary to seek revenge to people who betrayed or do something rubbish to me? I’m about to be into this circumstance but suddenly other ‘echo’ seems crossing through my hearing.. No, I can’t do that no matter how bad you have been treated.. Remember your feature; Neutral. It means I have to be neutral with all.. But I asked myself.. Will people appreciate that sense? And what if I will be treated badly again and again later on? I’m also a normal human being that sometimes can’t prevent the feeling of angry, discontent and dissatisfied.. I just want to be close with all persons.. Yet, repeatedly being blamed.. Try to be the happiest one in the world, but still have tears..

Before this I used to remind myself, I will not love friends or anyone more than my family.. I don’t want to be loved, touched and even approached and nobody can be able to know about my own.. I want to be isolated, never trust people..

After I grow older, there are many things that opened my senses.. I start to evaluate every experience, try to influence and sometimes to be influenced by others especially from those who are really close with me.. And I have the real value in this life.. The initial principe of being neutral should be kept up.. No matter whether it will hurt me or not..

Life is not easy for us actually.. We’re not perfect and can’t expect people to be perfect as well.. So, accept yourself as you are and others as they are.. At this point, I want to delete any unwanted memory.. Erase them permanently.. Polishing the real me until nobody can be able to dumb me easily..

IIUM student

Wednesday, August 5, 2009

Di Negara Komunis

Kung Fu Tze.. Fight for fighting,sight for seeing
buleh terbang tuh.. meh tengok akak nih
gerakan berjama3ah..mula dengan gerakan asas,bukan langkahan kecil & bukan langkahan besar..adik-adik

pelbagai cara, satu matlamat..
langkah hamba, langkah pejuang..Takbir!!!

Sunday, July 19, 2009

Memorablia

Lebih kurang tak sama


Kita inginkan yang terbaik tapi dapat yang terbalik
Masuk dalam J, tapi rasa macam duk dalam jail.
Terkongkong,terkengkang.
Membujur lalu,melintang pukang.



ku tak tahu, bukan ku mahu, tapi itu ku rasa perlu



sungguhpun aku banyak memberi penampar dari memberi pendapat..
sungguhpun kita banyak mendapat berita takziah daripada tazkirah..



ku harapkan engkau muslimat bukan muSelimut
yang bermimpi dan mengigau dalam kelambu emosi dan rasa kalut
terlalu diam sehingga sudah cukup membingitkan telingaku.
Diammu bagiku dosa paling besar, paling berat.




ku harapkan engkau muslimin bukan musliMain
yang tidak serius dalam berjuang,cakapnya lain, dibuatnya lain.
Tidakkah engkau tahu kita bercakap di rumah,bermainnya di padang.
Berkata atas lisan, praktikal di tangan.


Jadilah seorang yang peneduh.
Selamatkan yang lain dari panas dan hujan.
Jangan jadi seorang penuduh.
Membuak rasa panas pada kala tiba ujian.
perbanyakkanlah sumbangan
usah dikira berapa bilangan
Jangan sekali berbuat sumbang
Hingga sanggup berpatah arang.

Friday, July 3, 2009

Kelewang




Nama pun dah pelik. Tapi tak lah pelik sangat bila kita tengok dengan mata sendiri. Semasa menjalani praktikal, saya sempat bertemu dengan seorang pengumpul senjata-senjata tradisi. Kerambit, keris, kapak binjai,parang lading,lawi ayam. Kebanyakan senjata tersebut memang agak pelik, pelbagai asal usul dan bermacam guna. Kelewang adalah salah satunya.



Senjata ini amat popular dan menjadi kegemaran masyarakat kelantan di samping kapak. Ini kerana apabila menetak ia lebih stabil. Tedapat sejenis lagi kelewang yang dipanggil kelewang jambul. Bezanya hanya tambahan jambul pada bahagian atas sahaja. Kadang-kadang bahagian hujung kelewang dicucuk pada benda-benda seperti putik kelapa yang saiznya lebih kecil daripada penumbuk. Ini dilakukan katika kelewang ini dibawa berjalan dalam kumpulan atau kawasan orang ramai. Ini kerana hujungnya yang tajam dikhuatiri akan tercucuk kepada orang yang berada berdekatan.

Kelewang tergolong dalam kumpulan parang panjang yang bilahnya melengkung. Ada kalanya muncung bilah dibengkokkan ke bawah bagai paruh burung yang disebut kelewang pucuk berkait. Hulunya pula sama seperti hulu parang biasa, diperbuat daripada kayu dan diperkukuhkan dengan sigi. Bilah kelewang lebar di tengah, kecil dan tebal dipangkal serta mempunyai muncung yang runcing. Kelewang juga dianggap sebagai senjata kecemasan terutama terhadap ular. Kelewang digunakan juga bagi menebas rumput, membersihkan kawasan sekeliling rumah atau kebun dan juga dusun. Ia diguna secara sabitan rumput atau hayunan secara berpusing bergantung kepada kemahiran penggunanya.

Pada zaman dahulu masyarakat Kelantan sering bergaduh di tempat-tempat hiburan seperti pertunjukan wayang kulit dan dikir barat. Bagi yang membawa kelewang mereka biasanya dengan selamba menjadikannya sebagai lapik duduk tanpa disedari oleh musuh-musuh mereka. Bagi mereka yang taksub dengan kelewang, banyak benda magis dimasukkan pada kelewang. Antarannya dimasukkan biji-biji besi kuning pada bahagian berhampiran jambul untuk mencantikkan kelewang. Pendek kata kelewang amat rapat dengan masyarakat/generasi tua Kelantan.

Dari Sumber yang boleh dipercayai