Thursday, February 18, 2010

Mark no see yea

Menurut ahli materialis seperti Darwin dan Freud, tubuh manusia ialah 140 kati dengan bahan-bahan berikut;

1.Lemak yang boleh membuat 7 ketul sabun.
2.Karbon yang boleh membuat 7 batang 'rosos'.
3.Fosfor yang boleh membuat 120 kepala mancis.
4.Garam magnesium sekadar layak diminum sekali untuk melawaskan buang air besar.
5.Kapur simen yang cukup untuk memutihkan 1 petak reban ayam.
6.Besi yang boleh digunakan untuk untuk membuat sebatang paku sederhana besar.
7.'Kibrate' yang cukup untuk menyucikan satu kulit anjing daripada kuku-kutu di bulunya.
8.Air 10 gelen.

Menurut kajian Ali Mutawi,manusia mempunyai 92 unsur seperti ayng terdapat dalam unsur-unsur Bumi.Kandungan unsur di dalam tubuh manusia adalah mengikut kadar tugas yang diperlukan oleh tubuh, umpamanya kalsium dan fosforus sebagai anasir pembentukan tulang.

Kandungan unsur Bumi terdapat dalam diri manusia kerana manusia makan hasil Bumi sejak dari kandungan lagi.Tumbuhan yang dimakan sememangnya tersusun daripada unsur-unsur tanah yang diserap secara langsung dari Bumi. Apabila manusia memakannya,berpindahlah unusur-unsur tanah ke tubuhnya. Apabila manusia, binatang dan tumbuhan mati, semuanya hancur dan bertukar menjadi unsur-unsur yang asal dam akan kembali ke tanah.

Diekstrak dari buku Membina Imaginasi Cermerlang,Dr. HM Tuah

Wednesday, February 17, 2010

Aku berjaya atau aku terpedaya

Agak susah sebenarnya bila mahu mendefinisi kejayaan untuk diri sendiri dan orang lain. Tidaklah sesukar membina peraturan untuk diri sendiri dan orang lain.Perlukah ada tahapan dalam mendefinisikan kejayaan seumpama musafir yang berehlah dalam suatu perjalanan. Sekiranya sampai di tempat yang dituju,maka berjayalah perjalanan atau si musafir mendapat apa yang dihajatinya sahaja tanpa sampai di tempat dituju. Pusing..

Apakah dengan banyak kelebihan kita dikira berjaya?
Berjayakah kita andai segala kelemahan kita mampu ditutup?

Kekurangan kita adalah kelebihan kita.
Kelebihan kita adalah kekurangan kita....

Kebanyakan kita hanya nampak apa yang di depan mata.. Sukar untuk kita menyelak erti sebenar disebalik balutan sebuah keberjayaan.

Sebelum balik bercuti midsem baru-baru ini, saya sempat singgah di pasar malam berdekatan Bukit Tunggal. Pada masa yang sama waktu maghrib menjengah,tekak saya berasa sungguh kering dan haus.Apa lagi saya terus cuba mencari air supaya rasa haus dapat dihilangakan.

Jalan punya jalan kat pasar malam tue,saya nampak ada satu meja kecil yang tak ada owner. Barang-barang yang dijual pun tak banyak. Tisu, minyak ubat dan barang-barang ringan serta ringkas. Naik hairan saya dibuatnya. Gerai yang lain masih lagi rancak berjualbeli. Terlintas di benak saya besar kemungkinan pemilik meja tersebut adalah seorang OKU.Malu rasanya untuk meneruskan niat untuk membeli air minuman sedangkan ada orang yang kurang upaya mampu solat di awal waktu. Saya pun membatalkan niat yang agak terdesak. Jarak surau pun agak jauh. Lebih 1 kilometer. Tibanya di sana. Keyakinan semakin mengukuh bila melihat seorang buta sedang solat. Waduh.. Dia mampu nampak apa yang mungkin aku rabun dan kabur. Atau memang. Argh... Dia lebih berjaya daripada aku. Dengkinya aku..Seusai solat. Saya lantas kembali ke pasar malam dan sahlah apa yang saya jangka..^^..



Terkenang Hadisun nabiy..

Ibn Muhairiz berkata kepada Abu Jum`ah,"Ceritakan kepada kami apa yang telah kamu dengar daripada Rasulullah saw!" Jawab Abu Jum`ah,"Baiklah akan ku ceritakan kepadamu hadis yang baik,iaitu,Kami makan siang bersama Nabi saw dan bersama kami juga Abu Ubaidah Bin al-Jarrah. Lalu dia bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah ada orang yang lebih baik daripada kami PADAHAL kami telah Islam dan berjuang bersamamu?'Jawab Nabi saw, "Ya,iaitu kaum(orang-orang) yang akan datng sesudahmu, mereka percaya kepadaku PADAHAL mereka tidak melihat(bertemu) denganku".(HR. Ahamad)

Dalam riwayat yang lain

Salih bin Jubair berkata, Abu Jum`ah al-Anshori r.a sahabat Nabi saw datang untuk bersolat di Baitul Maqdis,sedang bersama kami Rajaa' bin Hayaat r.a. Kemudian ia akan kembali, kami menghantarkannya. Lalu dia berkata, 'Kalian berhak menerima jaizah(hadiah). Akan ku ceritakan kepadamu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah saw. Kami berkata, Silakan, semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Kemudian dia berkata, Ketika kami bersama Rasulullah saw dan Muadz Bin Jabbal orang yang kesepuluh anatara kami, kami bertanya, Ya Rasulullah,apakah ada kaum yang lebih besar pahalanya dari kami,kami telah percaya kepada Allah dan taat kepadamu?" Jawab Nabi saw, "Apakah yang dapat menghalangi kamu untuk beriman sedang Rasulullah di sisimu dan wahyu masih turun dari langit di tengah-tengah kamu, tetapi ada kaum yang akan datang sesudah kamu, mereka hanya percaya pada KITAB dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya, mereka lebih afdhal(istimewa) daripada kalian, mereka lebih afdhal daripada kamu, mereka lebih besar pahalanya daripada kamu".
(HR. Abu Bakar bin Mardawaih)


Kita menjadi mulia mungkin kerana keadaan kita. Seorang miskin menjadi lebih mulia kerana mampu menginfaqkan sekeping wang merah pada bilangan yang sama dengan dermawan berharta.Dan seorang BUTA meraih redho Allah pada ibadah yang sama dengan Muslim normal yang lain.Seorang cacat mendapat berlipat ganda pahala dek kerana susahnya mahu berjalan ke masjid. Keadaan dan usaha(inisiatif diri) penentu siapa kita dan keberjayaan yang hakiki.

Semasa menyertai rombongan ke PICC(Putrajaya International Convention Center) bagi menghadiri Real Undergraduate Convention, ada pemandangan begitu mengharukan hati. Dalam perjalanan pulang rombongan bercadang bersolat di Masjid Besi yang berketinggian 3 aras.Ada seorang tua menjengkek dari satu anak tangga hingga ke atas.



Kuat sungguh jiwanya..

Monday, February 8, 2010

the man


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."