Wednesday, June 17, 2009

Kerap dilupakan


Burung camar hinggap dijejari

Seorang nelayan sedang bermimpi

Mimpi tentang duyung.. Mimpi tentang untung

Bibit hanyut dibawa ombak Laut Cina Selatan



Dalam mimpi berkata sang duyung

Wahai nelayan kau anak laut

Di sini tempatmu disini rezekimu

Pengorbanan yang kau lakukan... Ada balasannya



Mega mendung.. Laut pun bergoncang

Nelayan tersentak hidup tersesat haluan

Sang mentari terlindung... Pantai tak kelihatan

Tawar kau jalan akhirnya..



Dalam pondok kecil beratap rumbia

Seorang ibu memandang hari muka

Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan

Ufuk timur hilang dari pandangan



Wahai anak yang sedang menangis

Mungkin kini engkau tak mengerti

Bila kau dewasa dan pandai nanti

Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Impian Seorang Nelayan
by Kembara

Thursday, June 11, 2009

Menulislah...

“Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.”
(Hamka)

Wednesday, June 10, 2009

Nama dalam Arab yang diharam dalam Islam

Pilih elok-elok perkataan untuk nama panggilan
Abkam
=
Tidak celik, buta
Abiqah
=
Hamba yang lari dari tuannya
Afinah
=
Yang bodoh
Asyar
=
Paling jahat
Asyirah
=
Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah
=
Hamba suruhan perempuan
Baghiah
=
Yang zalim, jahat
Bahimah
=
Binatang
Balidah
=
Yang bodoh, bebal
Bakiah
=
Yang menangis, merengek
Baqarah
=
Lembu Betina
Batilah
=
Yang batil, tidak benar
Dabbah
=
Binatang
Dahriyah
=
Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah
=
Goncang, stress
Darakah
=
Kedudukan yang rendah
Daniyah
=
Yang lemah dan hina
Dami'ah
=
Yang mengalir air matanya
Fasidah
=
Yang rosak, yang binasa
Fasiqah
=
Yang jahat, si fasik
Fasyilah
=
Gagal, kalah
Fajirah
=
Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah
=
Kecelakaan
Ghafilah
=
Yang lalai, yang leka
Ghailah
=
Kecelakaan, bencana
Ghaibah
=
Hilang
Ghasibah
=
Perampas, perompak
Ghamitah
=
Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah
=
Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah
=
Yang dengki
Hasidah
=
Yang hasad
Hazinah
=
Yang sedih
Huzn
=
Kesedihan
Khabithah
=
Yang jahat, yang keji
Khali'ah
=
Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah
=
Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah
=
Yang rugi
Khamrah
=
Arak
Jariah
=
Hamba suruhan perempuan
Jafiah
=
Yang tidak suka berkawan
Kaibah
=
Yang sedih
Kafirah
=
Yang kafir, yang ingkar
Kamidah
=
Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah
=
Pendusta, pembohong
Lahab
=
Bara api
Laghiah
=
sia-sia, tidak berfaedah
La'imah
=
Yang tercela
Lainah
=
Yang terkutuk
Lahifah
=
Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah
=
Yang menderhaka
Majinah
=
Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah
=
Agama menyembah api atau matahari
munafikah
=
Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa



Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Sunday, June 7, 2009

Ku Pinang Kau Dengan al-Quran



Tajuk di atas adalah diambil daripada sebuah lagu dari Indonesia yang mempunyai makna yang mendalam jika dihayati dengan hati secara berhati-hati. Hubungan lelaki & wanita adalah satu jalinan yang tidak dapat diterangkan secara jelas dengan fakta saintifik atau penerangan psikologi. Maha Suci Tuhan yang mengikatkan hati satu spesis yang tidak sama secara Jismiyyah apatah lagi Ruhiyyah.
Lelaki & wanita, muslimin & muslimat, ikhwah & akhawat. Tak akan selamanya sama,serupa, sebentuk & sejenis sampai bila-bila pun,sampai kapan pun. Tapi ada beberapa yang titik menyantumkan ia...

"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menciptkan kamu daripada seorang (Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa), kemudian daripada kedua-duanya itu Allah menjadikan pula lelaki dan perempuan. Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang dengan (menggunakan) namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu memelihara dan mengawasi kamu." [An-Nisa:1]




Setiap bangunan semestinya terbina daripada sejumlah batu merah (batu-bata). Dengan batu-bata itu terbentuk organisasinya dan di atas batu-bata asas ini terbina pula tiang-tiang dan bahagian-bahagiannya. Apabila batu-bata itu tidak bersatu dan retak, maka bangunan itu sudah pasti tidak teguh. Sebaliknya jika batu bata itu kuat dan terpadu erat, maka bangunan itu pun turut kuat, kukuh dan mantap. Dapat menghadapi berbagai ancaman seperti angin ribut dan taufan. Begitu juga dengan setiap umat dan masyarakat.

Seluruh masyarakat yang wujud - terbentuk daripada kesatuan-kesatuan yang berupa keluarga, dan kesatuan-kesatuan keluarga itu terdiri daripada unit-unit dan bahagian-bahagian yang lebih kecil lagi, iaitu individu-individu.

Jika masyarakat kita terdiri daripada individu-individu yang baik, kuat dan rajin bekerja, maka seluruh ahli keluarga akan menjadi baik dan kuat, dan seterusnya masyarakat kita akan memiliki landasan yang kuat dan kukuh, iaitu keluarga-keluarga yang baik dan kuat. Kesan seterusnya ialah bangsa atau umat kita pun akan menjadi kuat dan sentosa, disegani, dinilai tinggi dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain.

Sebaliknya, suatu umat atau suatu bangsa yang terbentuk daripada asas-asas yang lemah dan rapuh, iaitu individu-individu yang bercerai berai, maka bangsa atau umat itu pun pasti lemah, tidak mempunyai asas-asas tertentu dan akan dicaci oleh bangsa-bangsa lain sebagai musuh yang mudah dikalahkan.


Kerana itulah Islam memberikan perhatian yang penting sekali kepada pembentukan keluarga Mukmin dan Muslim. Daripada keluarga-keluarga Muslim

itulah akan wujud masyarakat Muslim, bangsa Muslim dan negara yang menjunjung tinggi agama Islam. Melalui jalan itulah kaum Muslimin akan dapat menjadi umat yang berjaya di dunia.

Ya, benarlah...

Kaum Muslimin memang pernah menjadi umat yang berjaya, iaitu ketika mereka menegakkan institusi kekeluargaannya di atas asas-asas yang teguh berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulnya. Pada masa itu, mereka menegakkan institusi umat atas dasar takwa, amal soleh, ibadah, saling mengerti dan saling berkasih sayang dengan ikhlas. Atas dasar itulah umat Islam menjadi kuat, mulia dan tahan menghadapi segala halangan. Akhirnya mereka menjadi umat yang berjaya dan berkuasa di dunia.

Mereka menguasai dunia bukan di dorong oleh sesuatu kepentingan, sebaliknya didorong oleh semangat hendak mengembangkan ajaran Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Memandu umat manusia ke jalan kebaikan dan kejayaan. Mereka menguasai dunia bukan untuk menjalankan penindasan, sebaliknya bagi menyelamatkan dunia daripada kehancuran dan kebinasaan. Berbeza dengan keadaan kaum Muslimin dewasa ini. Asas-asas kehidupan yang diredhai Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah ditukar dengan asas-asas kehidupan yang membawa kerosakan yang berupa peradaban palsu dan kosong. Runtuhlah asas kehidupan kekeluargaan dan hancurlah asas kesatuan bangsa tersebut. Implikasinya, hancurlah kekuatan kaum Muslimin dan mereka terpecah menjadi negeri-negeri kecil, kelompok-kelompok dan golongan-golongan.

"Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada mereka!" [Al-Mu'minum: 53]

Dengan demikian, mereka telah kehilangan kejayaan, kemuliaan dan kehormatan sehingga mudah dipermainkan oleh bangsa-bangsa lain. Kekuatan-kekuatan jahat dan zalim, kekuatan-kekuatan penindas dan penjajah, semuanya bersatu memusuhi mereka, menghisap darah dan peluh mereka serta merampas sumber-sumber kekayaan mereka. Jumlah mereka yang banyak itu tidak membawa erti, bagaikan sampah dilanda banjir. Mengenai hal itu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

"Kelak kamu nyaris dihancurkan oleh bangsa-bangsa (umat-umat) lain seperti orang-orang lapar memamah makanan di piring." Para sahabat bertanya; "Apakah kerana dikemudian hari kita sedikit jumlahnya, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab; "Tidak! kamu bahkan banyak jumlahnya, tetapi kerana kamu bagaikan buih dipukul ombak."


Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah menegaskan di dalam firmanNya;

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah apa yang ada pada suatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." [Ar-Raad:11]



Jika sekarang kita ingin menjadi umat yang berguna, umat yang mulia dan umat yang terhormat, maka kita harus sedar bahawa suatu umat tidak akan menjadi baik kecuali jika dasar dan landasannya baik. Kerana itu dewasa ini kita harus memberikan perhatian yang serius terhadap masalah pembentukan keluarga kita, dan berusaha membangunkannya di atas landasan yang kukuh dan kuat berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.