Wednesday, February 17, 2010

Aku berjaya atau aku terpedaya

Agak susah sebenarnya bila mahu mendefinisi kejayaan untuk diri sendiri dan orang lain. Tidaklah sesukar membina peraturan untuk diri sendiri dan orang lain.Perlukah ada tahapan dalam mendefinisikan kejayaan seumpama musafir yang berehlah dalam suatu perjalanan. Sekiranya sampai di tempat yang dituju,maka berjayalah perjalanan atau si musafir mendapat apa yang dihajatinya sahaja tanpa sampai di tempat dituju. Pusing..

Apakah dengan banyak kelebihan kita dikira berjaya?
Berjayakah kita andai segala kelemahan kita mampu ditutup?

Kekurangan kita adalah kelebihan kita.
Kelebihan kita adalah kekurangan kita....

Kebanyakan kita hanya nampak apa yang di depan mata.. Sukar untuk kita menyelak erti sebenar disebalik balutan sebuah keberjayaan.

Sebelum balik bercuti midsem baru-baru ini, saya sempat singgah di pasar malam berdekatan Bukit Tunggal. Pada masa yang sama waktu maghrib menjengah,tekak saya berasa sungguh kering dan haus.Apa lagi saya terus cuba mencari air supaya rasa haus dapat dihilangakan.

Jalan punya jalan kat pasar malam tue,saya nampak ada satu meja kecil yang tak ada owner. Barang-barang yang dijual pun tak banyak. Tisu, minyak ubat dan barang-barang ringan serta ringkas. Naik hairan saya dibuatnya. Gerai yang lain masih lagi rancak berjualbeli. Terlintas di benak saya besar kemungkinan pemilik meja tersebut adalah seorang OKU.Malu rasanya untuk meneruskan niat untuk membeli air minuman sedangkan ada orang yang kurang upaya mampu solat di awal waktu. Saya pun membatalkan niat yang agak terdesak. Jarak surau pun agak jauh. Lebih 1 kilometer. Tibanya di sana. Keyakinan semakin mengukuh bila melihat seorang buta sedang solat. Waduh.. Dia mampu nampak apa yang mungkin aku rabun dan kabur. Atau memang. Argh... Dia lebih berjaya daripada aku. Dengkinya aku..Seusai solat. Saya lantas kembali ke pasar malam dan sahlah apa yang saya jangka..^^..



Terkenang Hadisun nabiy..

Ibn Muhairiz berkata kepada Abu Jum`ah,"Ceritakan kepada kami apa yang telah kamu dengar daripada Rasulullah saw!" Jawab Abu Jum`ah,"Baiklah akan ku ceritakan kepadamu hadis yang baik,iaitu,Kami makan siang bersama Nabi saw dan bersama kami juga Abu Ubaidah Bin al-Jarrah. Lalu dia bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah ada orang yang lebih baik daripada kami PADAHAL kami telah Islam dan berjuang bersamamu?'Jawab Nabi saw, "Ya,iaitu kaum(orang-orang) yang akan datng sesudahmu, mereka percaya kepadaku PADAHAL mereka tidak melihat(bertemu) denganku".(HR. Ahamad)

Dalam riwayat yang lain

Salih bin Jubair berkata, Abu Jum`ah al-Anshori r.a sahabat Nabi saw datang untuk bersolat di Baitul Maqdis,sedang bersama kami Rajaa' bin Hayaat r.a. Kemudian ia akan kembali, kami menghantarkannya. Lalu dia berkata, 'Kalian berhak menerima jaizah(hadiah). Akan ku ceritakan kepadamu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah saw. Kami berkata, Silakan, semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Kemudian dia berkata, Ketika kami bersama Rasulullah saw dan Muadz Bin Jabbal orang yang kesepuluh anatara kami, kami bertanya, Ya Rasulullah,apakah ada kaum yang lebih besar pahalanya dari kami,kami telah percaya kepada Allah dan taat kepadamu?" Jawab Nabi saw, "Apakah yang dapat menghalangi kamu untuk beriman sedang Rasulullah di sisimu dan wahyu masih turun dari langit di tengah-tengah kamu, tetapi ada kaum yang akan datang sesudah kamu, mereka hanya percaya pada KITAB dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya, mereka lebih afdhal(istimewa) daripada kalian, mereka lebih afdhal daripada kamu, mereka lebih besar pahalanya daripada kamu".
(HR. Abu Bakar bin Mardawaih)


Kita menjadi mulia mungkin kerana keadaan kita. Seorang miskin menjadi lebih mulia kerana mampu menginfaqkan sekeping wang merah pada bilangan yang sama dengan dermawan berharta.Dan seorang BUTA meraih redho Allah pada ibadah yang sama dengan Muslim normal yang lain.Seorang cacat mendapat berlipat ganda pahala dek kerana susahnya mahu berjalan ke masjid. Keadaan dan usaha(inisiatif diri) penentu siapa kita dan keberjayaan yang hakiki.

Semasa menyertai rombongan ke PICC(Putrajaya International Convention Center) bagi menghadiri Real Undergraduate Convention, ada pemandangan begitu mengharukan hati. Dalam perjalanan pulang rombongan bercadang bersolat di Masjid Besi yang berketinggian 3 aras.Ada seorang tua menjengkek dari satu anak tangga hingga ke atas.



Kuat sungguh jiwanya..

No comments:

Post a Comment